Sesi Persekolahan Akan Dibuka September Jika Keadaan Pulih – Dr Radzi Jidin

Sesi Persekolahan Dibuka September Jika Keadaan Pulih – Dr Radzi Jidin

Laporan oleh Buletin TV3 yang disiarkan pada 22 Jun 2021 menyatakan bahawa sesi persekolahan akan dibuka pada September 2021 sekiranya keadaan pulih.

Hal ini dijelaskan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi sebuah temubual.

Menurut beliau, sektor pendidikan lebih bersedia di bawah Pelan Pemulihan Negara kerana melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), walaupun sesi persekolahan berkemungkinan dibuka secara berperingkat pada Fasa Ketiga pelan itu.

PELAN PEMULIHAN NEGARA: Rentas Negeri Dibenarkan Fasa 4 (November/Disember) 2021

Jelas Datuk Dr Radzi Jidin pelan pemulihan berkenaan juga menjadi asas hala tuju dalam membantu dan memulihkan sektor pendidikan negara selepas lebih setahun lalu terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Rujuk laporan penuh oleh TV3 dalam video di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×