Senarai Harga Barangan Terkawal Aidilfitri 2021, Awas Jangan Tertipu!

Senarai Harga Barangan Terkawal Aidilfitri 2021, Awas Jangan Tertipu!

Masyarakat kini tertanya-tanya kenpa harga barang naik mendadak.

“Adakah peniaga sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang”

Bermulanya tahun 2000, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) telah dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang dahulu dikenali sebagai Akta Kawalan Harga 1946.

“Pengumuman 12 barangan ini adalah susulan berlaku peningkatan harga mendadak sejak kebelakangan ini,” katanya dalam sidang media pengumuman SHMMP di kementeriannya di sini, hari ini.

“Jika peniaga sengaja menaikkan harga tanpa alasan munasabah dengan niat membuat keuntungan berlebihan, KPDNHEP boleh bertindak bawah akta yang dinyatakan.

Bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, katanya, individu terbabit boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Terdapat beberapa jenis barang keperluan di bawah skim ini dikenalpasti sebagai barangan harga terkawal musim perayaan yang telah ditetapkan hatga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam tempoh tertentu. Skim ini telah dilaksankan di seluruh negera dan harga yang ditetapkan adalah berbeza bagi mengikut kawasan dan daerah.

Sehingga kini, musim perayaan merangkumi:

  • Hari Raya Puasa
  • Tahun Baru Cina
  • Deepavali
  • Hari Krismas
  • Pesta Kaamatan
  • Hari Gawai

Senarai Harga Barang Kawalan Hari Raya Aidilfitri 2021

Berikut adalah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 bagi barangan kawalan yang ditetapkan oleh KPDNHEP. Skim ini berkuatkuasa bermula 21 April sehingga 20 Mei 2021 (30 hari).

Kewajipan Peniaga

  1. Meletakkan label berwarna merah jambu khusus bagi barang harga terkawal sahaja. Label tersebut hendaklah menunjukkan harga bagi setiap unit, perihal dan gred atau kualiti barang berkenaan.
  2. Tidak boleh menjual barang tersebut melebihi harga maksimum yang ditentukan.
  3. Memastikan bekalan barang harga terkawal yang dijual mencukupi.

Denda boleh dikenakan nagi peniaga yang ingkar atau tidak mengikuti harga barang kawalan yang ditetapkan oleh KPDNHEP.

  • Orang Perseorangan – Maksimum RM 100,000 dan/atau tiga tahun penjara
  • Pertubuhan Perbadanan – Maksimum RM500,000

Aduan Pengguna

Sebarang aduan berkaitan harga barang kawalan yang tidak mematuhi had yang ditetapkan ini, pengguna boleh membuat aduan ke saluran berikut:

1800-886-800
eaduan.kpdnhep.gov.my
https://www.kpdnhep.gov.my.html

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×