Semakan Yapeim Dana Inspirasi Malaysia | Adakah ibu bapa masih ingat mengenai permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 yang telah dibuat semasa bulan Januari yang lalu? Untuk makluman anda, semakan status permohonan ini telah dibuka pada tarikh yang dikongsikan dibawah. Pelaksanaan Dana Inspirasi Malaysia ini dilakukan secara berperingkat, oleh itu jika anda tidak berjaya semasa fasa pertama, anda boleh memohon bagi fasa seterusnya.
Kerjakosong.co akan kongsikan kepada cara membuat semakan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Inspirasiku) YAPEIM secara atas talian (online)
Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Inspirasiku) YAPEIM

Dana Inspirasi Malaysia dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban kewangan pelajar yang kurang kemampuan. YaPEIM atau Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia menyasarkan kepada 40000 pelajar dari sekolah serta institusi pengajian tinggi di seluruh negara bakal memperoleh manfaat daripada inisiatif ini. Oleh itu, ibu bapa digalakkan supaya membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan ini.
Semakan YaPEIM – Status Permohonan Online
Berikut dikongsikan maklumat mengenai semakan status permohonan Dana Inspirasiku yang menunjukkan tarikh semakan, cara menyemak serta syarat kelayakan dan maklumat lanjut.
Maklumat Semakan Dana Inspirasi Malaysia
Berikut adalah tarikh semakan Dana Inspirasi Malaysia tahun 2020 bagi Fasa Pertama:
[su_table responsive=”yes”]
| Tarikh Penting Semakan Fasa 1 | |
| Tarikh Buka | 16 Mac 2020 |
| Tarikh Tutup | Akan Dikemaskini |
[/su_table]
Cara Semak Status Dana Inspirasi Malaysia
Semakan status permohonan Dana Inspirasi Malaysia boleh dilakukan secara online. Berikut adalah aplikasi semakan yang disediakan oleh YaPEIM:
1. Layari laman web : http://eamal.yapeim.my/semakan/
2. Isikan No MyKad dan tekan Butang SEMAK
Syarat Kelayakan Memohon Dana Inspirasi Malaysia
Dibawah ini disenaraikan syarat am bagi kelayakan permohonan Dana Inspirasi Malaysia :
Syarat Am Kelayakan :
[su_list icon=”icon: star” indent=”7″]
- Pemohon adalah warganegara Malaysia
- Memperoleh surat pengesahan sekolah atau surat tawaran pengajian IPT dalam atau luar negara seperti contoh yang dilampirkan dalam senarai semak
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara kategori B40
- Slip gaji atau pengesahan majikan sebagai bukti Pendapatan Isi Rumah
- Permohonan hendaklah atas nama ibu, bapa atau penjaga
[/su_list]
Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dana Inspirasi Malaysia, anda boleh layari laman web rasmi YaPEIM dan soalan lazim seperti berikut:
– Soalan Lazim FAQ Dana Inspirasi Malaysia : http://diny.yapeim.my:81/modules/isbn/FAQ.pdf
– Kaunter khidmat pelanggan YaPEIM di talian 03-2717 2717
Sya pn dh bnyk kli semk tpi ttp sma dlm proses jgk,nie sma Ada lulus ke x sya pn xtau nk ckp.
Saya pun tidak boleh lagi dah berapa kali semak.
Kenapa sye semak dr bulan lepas lagi..masih dalam proses..letak no mykid anak pun dlm proses..mcm ner tu..sedangkan sye betul2 memerlukan bantuan ni
salam mohon pencerahan apa maksud ‘KIV’ dekat ruangan status permohonan ya? Saya punya status KIV tak tau ape maksud… lulus ke tidak?
Dh bapa bln .dlm proses jer
Maaf bertya,bantuan dana ni sebenarnya rm500 ke atau rm1000.. Atau rm150 saja..
Cuma nk kepastian
Berapa bulan sudah cek masih dalam proses je….kata 16 Mac masuk tpi tak masuk juga…lama nye saya tunggu kalau tak dapat bagi tau lah supaya kmi orang tak tertunggu bantuan ni….kmi betul² beharap dapat lah…bukan apa saya ni seorang ibu tunggal….
Saya pn start mohon smpai skrg dlm proses.x thu la lulus ke x.
berapa kali semak tapi sentiasa dalam proses
Yang baru nak buat permohonan tu macam mana ye boleh diterima lagi ke?