Semakan Yapeim Dana Inspirasiku Malaysia 2020 – Status Permohonan

Semakan Yapeim Dana Inspirasi Malaysia | Adakah ibu bapa masih ingat mengenai permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 yang telah dibuat semasa bulan Januari yang lalu? Untuk makluman anda, semakan status permohonan ini telah dibuka pada tarikh yang dikongsikan dibawah. Pelaksanaan Dana Inspirasi Malaysia ini dilakukan secara berperingkat, oleh itu jika anda tidak berjaya semasa fasa pertama, anda boleh memohon bagi fasa seterusnya.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada cara membuat semakan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Inspirasiku) YAPEIM secara atas talian (online)

Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Inspirasiku) YAPEIM

yapeim check

Dana Inspirasi Malaysia dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban kewangan pelajar yang kurang kemampuan. YaPEIM atau Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia menyasarkan kepada 40000 pelajar dari sekolah serta institusi pengajian tinggi di seluruh negara bakal memperoleh manfaat daripada inisiatif ini. Oleh itu, ibu bapa digalakkan supaya membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan ini.

Semakan YaPEIM – Status Permohonan Online

Berikut dikongsikan maklumat mengenai semakan status permohonan Dana Inspirasiku yang menunjukkan tarikh semakan, cara menyemak serta syarat kelayakan dan maklumat lanjut.

Maklumat Semakan Dana Inspirasi Malaysia

Berikut adalah tarikh semakan Dana Inspirasi Malaysia tahun 2020 bagi Fasa Pertama:

[su_table responsive=”yes”]

Tarikh Penting Semakan Fasa 1
Tarikh Buka 16 Mac 2020
Tarikh Tutup Akan Dikemaskini

[/su_table]

Cara Semak Status Dana Inspirasi Malaysia


Semakan status permohonan Dana Inspirasi Malaysia boleh dilakukan secara online. Berikut adalah aplikasi semakan yang disediakan oleh YaPEIM:

1. Layari laman web : http://eamal.yapeim.my/semakan/

2. Isikan No MyKad dan tekan Butang SEMAK

 

Syarat Kelayakan Memohon Dana Inspirasi Malaysia

Dibawah ini disenaraikan syarat am bagi kelayakan permohonan Dana Inspirasi Malaysia :

Syarat Am Kelayakan :

[su_list icon=”icon: star” indent=”7″]

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Memperoleh surat pengesahan sekolah atau surat tawaran pengajian IPT dalam atau luar negara seperti contoh yang dilampirkan dalam senarai semak
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara kategori B40
  • Slip gaji atau pengesahan majikan sebagai bukti Pendapatan Isi Rumah
  • Permohonan hendaklah atas nama ibu, bapa atau penjaga

[/su_list]

Maklumat Lanjut

Semakan Yapeim Dana Inspirasi Malaysia img 2

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dana Inspirasi Malaysia, anda boleh layari laman web rasmi YaPEIM dan soalan lazim seperti berikut:

– Soalan Lazim FAQ Dana Inspirasi Malaysia : http://diny.yapeim.my:81/modules/isbn/FAQ.pdf

– Kaunter khidmat pelanggan YaPEIM di talian 03-2717 2717

59 thoughts on “Semakan Yapeim Dana Inspirasiku Malaysia 2020 – Status Permohonan”

  1. Dah seminggu semak,tapi status sama sedang semak. Lama juga kerja2 menyemak ni rupanya ya. Saya 2kali summit borang permohonan bersama dokumen2 yg dikehendaki. Kali pertama satu dari dokumen saya tiada cop dari pihak sekolah. Setelah saya dapatkan cop dari pihak sekolah,esoknya saya terus summit di Ar Rahnu YaPEIM caw.Equine Sri Kembangan. Setelah disemak oleh petugas,saya disuruh turunkan tandatangan yg mengatakan semuanya lengkap. Kenapa hingga hari ini,masih tiada sebarang keputusan bila semakan dibuat?

    Reply
  2. Masih disemak….rakyat sekarang memerlukan..yg berniaga kerja sendiri .ramai yg kurang pendapatan..bajet banyak yg lari..kena lagi tambah hari pergerakan kluar rumah…habislah …

    Reply
  3. kenapa masih dalam proses lagi..bila boleh tahu keputusannya..duit banyak dah kluar ni..tmbah lg dgn pkp ni..lg byk duit nk pkai..dgn ank2 sentiasa minta makan..

    Reply
  4. Msih dlm proses xnmpk pon yg update lulus untk bntuan yapeim nih.. Nk tgk jgk mcm mn yg dh lulus

    Reply
  5. Sepatutnye bagitahu lah lulus ke tak..sekurang kurang nye kite tidak lah menunggu benda yang tak pasti..ni bila cek dlm proses..bila nk abis nye dlm proses tu..masih ada lagi ke udah tamat

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×