Semakan Nombor Baucar BPN | Kita semua sedia maklum dimana apabila pendaftaran telah dilakukan bagi mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0, kita perlu memasukkan nombor akaun bagi memudahkan proses pembayaran BPN dimana pembayaran bakal dikreditkan terus ke akaun penerima.
Namun bagaimana pula bagi mereka yang tiada akaun bank, akaun bank tidak aktif atau belum sempat membuka akaun bank? Semestinya ini menjadi tanda tanya bagi ramai orang. Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda lebih lanjut mengenai hal ini.
Seperti yang kita tahu, apabila membuat pendaftaran untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kita perlu masukkan nombor akaun bank di dalam maklumat permohonan.
No Siri BPN (No Baucar)
Difahamkan LHDNM bakal mengeluarkan Nombor Siri BPN buat pemohon yang akaun bank tidak aktif. Melalui perkongsian terkini di status Facebook MyGCC, perkara ini telah dijelaskan. Penjelasan mudah tersebut adalah seperti berikut
Cara Penunaian BPN 2.0 di Kaunter BSN
Tuntutan BPN boleh dibuat secara tunai di Cawangan-cawangan BSN berdekatan setelah nombor siri wujud pada paparan semakan.
Semakan boleh dibuat pada portal rasmi BPN: https://bpn.hasil.gov.my.
Penerima BPN2.0 perlu memastikan data akaun bank adalah betul bagi memastikan pembayaran dapat disalurkan ke akaun yang betul.
Bagaimana Dapatkan Nombor Siri BPN/No Baucar?
Bagi mendapatkan No Siri BPN atau No Baucar BPN, pemohon perlu membuat semakan di laman rasmi BPN.
Nombor Siri akan diberikan melalui Portal BPN tersebut di bahagian No Baucar seperti gambar di atas. Selepas membuat semakan, nombor siri akan dipaparkan kepada anda dan anda boleh tunaikan Nombor Siri tersebut di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat selepas tamatnya PKP.
Jika masih kosong. Anda diminta untuk bersabar serta sentiasa membuat semakan dari masa ke semasa.
Apa Itu Nombor Siri BPN?
Nombor Siri BPN dikeluarkan khusus kepada pemohon yang lulus bagi pembayaran BPN namun tidak mempunyai akaun bank atau akaun bank tidak aktif. Hanya pemohon yang tiada nombor akaun bank atau tidak aktif sahaja akan diberikan untuk mereka membuat pengeluaran bayaran bantuan secara tunai.
Mengapakah Nombor Siri BPN Dikeluarkan?
Hal ini demikian adalah salah stau usaha LHDN bagi memudahkan para pemohon yang mana akaun bank tidak aktif untuk membuat penuaian bantuan BPN di mana mana cawangan BSN di seluruh negeri.
Jika pembayaran berstatus gagal kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank disebabkan tidak aktif atau nombor akaun tidak wujud tisebabkan tersalah masukkan semasa mengisi borang, anda boleh membuat penunaian dimana mana kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN kelak.
Nombor Siri ini adalah untuk memudahkan orang yang tiada akaun bank untuk tunaikan bayaran bantuan mereka.