Semakan ccris online | Adakah anda ingin membuat semakan CCRIS? Jika ya, anda kini boleh mula menyemak CCRIS secara atas talian (online) sahaja. Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan sistem terbaharu iaitu eCCRIS.
Namun begitu, anda masih perlu hadir ke mana mana cawangan AKPK atau di Pejabat BNM bagi mendapatkan nombor PIN untuk mendaftar. Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai eCCRIS.
SEMAKAN CCRIS ONLINE
Jika anda mempunyai rekod CCRIS yang baik, ia akan memudahkan anda untuk mendapatkan pinjaman terutama pinjaman perniagaan dan perumahan.
CCRIS atau nama penuhnya Central Credit Reference Information System ialah satu sistem yang mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan di Malaysia seperti broker insurans, bank serta syarikat swasta yang menyediakan servis dan membekalkan kembali maklumat itu kepada institusi kewangan.
CCRIS juga adalah satu sumber maklumat yang digunapakai oleh institusi kewangan bagi membantu untuk memeriksa sejarah kredit peminjam samada yang sediada atau bakal peminjam. CCRIS bukan sistem yang menyenarai hitam peminjam.
ECCRIS BANK NEGARA MALAYSIA

Dibawah ini dikongsikan tutorial secara bergambar langkah langkah untuk menggunakan laman web eCCRIS.
Perhatian! Sila pastikan anda sudah mendaftar terlebih dahulu di BNMLINK Kuala Lumpur/Cawangan AKPK/Pejabat BNM dan telah menerima PIN yang dihantar menerusi telefon bimbit anda.
CARA DAFTAR ECCRIS
1. Layari https://eccris.bnm.gov.my/ dan klik pada “Log Masuk Kali Pertama”

2. Pada laman “Log Masuk Kali Pertama” :
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Pilih “Kewarganegaraan” daripada senarai yang disediakan
- Isi maklumat Nombor Kad Pengenalan anda
- Isi Nombor PIN (6 digit kod yang didaftarkan untuk pengaktifan akaun eCCRIS)
- Klik butang “Hantar”
[/su_list]

3. Tetapkan ID Pengguna/Kata Laluan
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Masukkan ID Pengguna, e-mel yang masih digunakan serta tukar Kata Laluan [kata laluan tersebut hendaklah mininum 10 karakter, yang mengandungi gabungan huruf besar, huruf kecil , angka dan juga karakter istimewa ”~!@#$%^&*()_+”
- Klik butang “Hantar”
[/su_list]

4. Pada skrin “Tetapan Keselamatan”
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Pilih satu imej keselamatan dan masukkan frasa keselamatan. Pilih soalan keselamatan dan berikan jawapan bagi setiap soalan keselamatan yang dipilih
- Klik butang “Hantar”
[/su_list]

5. Setelah mengisi semua maklumat yang diminta, satu mesej pengesahan penerimaan akan dipaparkan.
CARA DAPATKAN LAPORAN CCRIS ONLINE
1. Log masuk eCCRIS anda
2. Klik pada “CARIAN’ kemudian klik pada “CARIAN SENDIRI – INDIVIDU”

3. Nyatakan persetujuan anda terhadap kenyataan Penafian, dengan menanda kotak “Saya Setuju”. Seterusnya, klik butang “Carian Laporan”
4. Semasa laporan tersebut dipaparkan pada skrin, klik butang “Muat turun”
5. Kotak mesej akan dipaparkan. Klik butang “Muat turun” untuk muat turun laporan tersebut

6. Klik “Open” jika ingin melihat laporan atau Klik “Save” jika ingin menyimpan salinan laporan.

Laporan yang telah dimuat turun akan disimpan menggunakan format Portable Document Format (PDF) dan dilindungi oleh kata laluan seperti berikut:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Tarikh carian laporan (contoh: 30Nov2018, 10Jan2018)
- Tiga (3) aksara pertama ID Pengguna anda (Ahmad, Latif)
- Contoh: 30Nov2018Ahm, 10Jan2018Lat
[/su_list]
Setelah memasukkan kata laluan tersebut, klik pada butang “OK” untuk membuka laporan anda. Anda memerlukan perisian yang membolehkan anda membuka fail PDF, bagi melihat semula laporan yang telah disimpan.
Sebagai contoh: Laporan CCRIS disimpan dapat dilihat semula dengan menggunakan perisian Adobe Reader.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai proses pendataran dan juga semakan CCRIS secara online, anda boleh memuat turun PDF ini
SENARAI PEJABAT AKPK
Kebanyakkan orang merungut dengan mengatakan tidak dapat hadir ke pejabat BNM kerana jauh dan tiada cawangan di negeri sendiri, kini pendaftaran bagi eCCRIS dipermudahkan dengan anda boleh mendaftar di mana mana cawangan AKPK di seluruh Malaysia.
Dibawah ini adalah senarai cawangan AKPK yang rasmi untuk rujukan anda :-
Alor Setar
No 11, Ground Floor,
Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid,
Kompleks Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Tel: 604 771 5773
Pulau Pinang
Bangunan Bank Negara Malaysia
27 Corner Light/Pitt Street
10200 Penang
Tel : 604 261 2246
Fax : 604 261 2243
Perak
Unit B-2-1 Greentown Square
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said
30450 Ipoh
Perak
Tel: 605 242 8319
Fax: 605 242 8452
Kuala Lumpur
Level 8, Maju Junction Mall
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel: 603 2616 7766
Fax: 603 2616 7601
Negeri Sembilan
Bank Simpanan Nasional
Lot 894
Jalan Dato’ Bandar Tunggal
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Melaka
Ground & Mezzanine Floor, No 179,
Bangunan Munshi Abdullah
Jalan Munshi Abdullah
75100 Melaka
Tel: 606 292 1238
Fax: 606 292 1251
Johor Bahru
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Bukit Timbalan
80720 Johor Bahru
Tel: 607 221 0533
Fax: 607 221 0535
Pahang
G-02 Mahkota Square
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Tel: 609 513 3190
Fax : 609 513 3255
Kuala Terengganu
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Tel: 609 631 2797
Fax : 609 631 2801
Kelantan
PT5, Ground Floor
Kota Indah,
Jln Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu
Tel: 609 747 6968
Fax: 609 746 1085
Kuching
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Satok
93720 Kuching
Tel: 6082 414 910
Fax: 6082 414 960
Kota Kinabalu
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Tel: 6088 538 355
Fax: 6088 538 377
Untuk maklumat lanjut layari http://www.akpk.org.my/my