KerjaKosong.Co
No Result
View All Result
KerjaKosong.Co
No Result
View All Result
Home KWSP

Semakan Caruman KWSP Tak Dituntut

Admin JKKK by Admin JKKK
September 22, 2019
Semakan Caruman KWSP Tak Dituntut 1
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Semakan Caruman KWSP Tak Dituntut ok? Apakah cara untuk membuat semakan caruman KWSP tak dituntut secara online?
Jika wang caruman KWSP tidak dituntut, ia akan disimpan di caruman KWSP sehingga ahli mencapai umur 100 tahun sebelum dipindah ke Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Semakan Caruman KWSP Tak Dituntut

Mengikut statistik data pada tahun 2016, lebih kurang 10.9 juta pencarum KWSP tidak membuat penamaan & ianya melibatkan nilai RM232.7 bilion. Ahli KWSP digalakkan untuk membuat proses penamaan KWSP ini supaya memudahkan urusan di kemudian hari.

Penamaan KWSP




Proses penamaan boleh dibuat kepada individu atau institusi yang diluluskan. Bagi ahli yang beragama Islam, ahli dinasihatkan menamakan waris terdekat seperti suami, isteri, anak-anak atau ibu bapa masing-masing.

Untuk pengetahuan, ahli juga boleh menamakan Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama.

JawatanLain-Lain

[RASMI] Permohonan i-Sinar KWSP. Pengeluaran Sehingga RM10,000.00! Mohon Sekarang!

3 Langkah Mudah Untuk Permohonan i-Sinar KWSP

Pengeluaran KWSP

Manakala bagi ahli bukan Islam pula, boleh menamakan waris terdekat & dibenarkan melantik ARB sebagai pemegang amanah kepada penama yang di bawah umur 18 tahun.

Proses ini boleh dibuat dengan mengisi dokumen KWSP 4 di mana-mana cawangan KWSP seluruh Malaysia.

Antara dokumen penamaan yang diperlukan ialah:

– Borang Penamaan (KWSP 4)
– Salinan kad pengenalan
– Salinan passport yang sah laku
– Salinan dokumen pengenalan diri penama (bagi yang menamakan individu)
– Semakan penamaan boleh dibuat menerusi i-Akaun atau cawangan KWSP berhampiran.

Namun perlu diingatkan, penamaan yang telah dibuat akan terbatal sekiranya:

– Penama meninggal dunia semasa ahli masih hidup
– Ahli mengemukakan Borang Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
– Ahli membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)
– Penama belum mencapai umur 18 tahun semasa permohonan pengeluaran kematian dibuat oleh penama/waris
– Penama tidak membuat permohonan pengeluaran dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian ahli

Semakan Caruman KWSP Tak Dituntut

Untuk pengetahuan, KWSP mencari mana-mana pencarum yang berumur 75 tahun ke atas (atau waris) yang masih mempunyai baki di dalam akaun 1 & 2 untuk mengeluarkan baki caruman anda.

Semakan caruman KWSP tak dituntut boleh dibuat secara online di website KWSP (Klik Sini) untuk semakan.

Hanya perlu masukkan nombor ic (kad pengenalan) sahaja atau nombor ID ahli KWSP sahaja untuk semakan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut & masalah  tentang penamaan dan caruman KWSP Pekerja tak dituntut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000.

Sekiranya anda ingin mengetahui tutorial dan cara mudah untuk login ke KWSP, boleh layari artikel Login KWSP di sini.

Jom namakan penerima simpanan anda hari ini juga! Jangan lupa untuk share maklumat berkaitan Portal Rasmi KWSP ini kepada mereka yang lain.

  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Categories

  • 1MDB
  • Biasiswa
  • BMW Malaysia
  • Car
  • Cara Memohon
  • Creative Commons Malaysia
  • Jawatan Kosong Johor
  • Jawatan Kosong Kedah
  • Jawatan Kosong Kelantan
  • Jawatan Kosong KL
  • Jawatan Kosong Kuantan
  • Jawatan Kosong Melaka
  • Jawatan Kosong Pahang
  • Jawatan Kosong Perak
  • Jawatan Kosong Perlis
  • Jawatan Kosong Pulau Pinang
  • Jawatan Kosong Putrajaya
  • Jawatan Kosong Sabah
  • Jawatan Kosong Sarawak
  • Jawatan Kosong Selangor
  • Jawatan Kosong SPA
  • Jawatan Kosong Swasta
  • Jawatan Kosong Terengganu
  • Jawatan Kosong Terkini
  • Jawatan Negeri Sembilan
  • KWSP
  • Lain-Lain
  • LBBG
  • Meps Atm
  • Pakatan Rakyat
  • Pegawai Tadbir
  • Perkeranian / Operasi
  • Portal Rasmi
  • PSH
  • SAPS
  • SPA
  • SPP
  • Utusan Group
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Post A Job
  • Privacy Policy
  • Term & Condition

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Dapatkan Jawatan Tanpa Kabel WHATSAPP