Semak ASB Online

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Semak ASB Online | Pada 28 Jun, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan bahawa ASNB akan menjalankan urus niaga tanpa buku melalui portal rasmi mereka.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda langkah – langkah untuk mendaftar serta cara untuk menyemak ASB secara online melalui portal rasmi MyASNB.

Prestasi Produk ASB

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016, ASB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

Semak ASB Online img

Pengiraan Dividen ASB 2019

[7.25% + 1.00%] Baca sehingga faham, rugi jika anda tidak ambil tahu.

TAHNIAH diucapakan kepada para Pelabur ASB terutamanya yang menggunakan ASBF.

  • Dividen: 7.00 %
  • Bonus Dividen: 0.25 %
  • Bonus Ulang Tahun: 1.00 % (BARU)
  • TOTAL DIVIDEN (HASIL) = 8.25 %

CONTOH PENGIRAAN

Jika Rahim mempunyai ASBF sebanyak 200K, jadi jumlah Dividen ASB 2017 beliau:

= ASBF x (Dividen + Bonus) × 12/12
= 200,000 × 7.25/100 × 12/12
= RM14,500

Bonus Ulang Tahun ASB

= 10,000 unit pertama (tunai/sijil asbf) x 1.00%
= 10,000 x 1/100 × 12/12
= RM100

Oleh secara tidak langsung, sejumlah RM14,600 akan dikredit kedalam Akaun ASB Rahim.

= (Dividen + Bonus) + Bonus Ulang Tahun
= RM14,500 + RM100
= RM14,600

Kini, Rahim boleh mengemaskini penyata Simpanan Unit Amanah beliau untuk akaun ASB melalui MyASNB yang dibuat melalui sistem atas talian. (Online)

Penafian:

Pengiraan diatas untuk menunjukkan kiraan setahun lengkap pelaburan dalam ASB. Pengiraan Dividen ASB adalah bersifat “Pro Rata Bulanan”. Maksudnya jika kalian baru invest 6 bulan setakat tahun 2017 ini, maka ayat Matematik [ 6/12 ] akan digunakan dan bukannya [ 12/12 ]

Pengiraan “Bonus Dividen” ASB tahun 2017 ini sudah ditukar formatnya, menjadikan pengiraannya seperti kiraan “Dividen” yang biasa. Suatu anjakan yang cukup hebat

Cara Semak ASB Online

Bagi membuat semakan ASB secara atas talian (online), anda terlebih dahulu perlu mendaftar di laman rasmi MyASNB. Sebelum anda mendaftar, anda perlu memastikan segala maklumat peribadi anda adalah tepat.

Bagi mendapatkan kesahihan, anda perlu mengemaskini maklumat peribadi anda melalui kaunter ASNB melalui ejen – ejen ASNB seperti Maybank, RHB, CIMB dan Pos Malaysia atau di cawangan ASNB sendiri.

Langkah-langkah pendaftaran MyASNB:

  1. Pastikan nombor telefon anda dengan ASNB telah dikemaskini
  2. Mulakan pendaftaran MyASNB
  3. Mula melabur dan mengurus pelaburan anda

Portal rasmi MyASNB merupakan satu platform atas talian (online) bagi memudahkan pelanggan ASNB bagi melihat pegangan serta dapat melakukan urusniaga online dimana mana sahaja pada bila – bila masa. Portal ini adalah milik Amanah Saham Nasional Berhad sepenuhnya. ASB adalah tabung unit amanah terbesar negara dan kini mempunyai lebih sembilan juta pelabur yang melanggan kira-kira RM143 bilion unit ASB.

Anda tidak akan dicaj apa apa semasa menggunakan platform ini. Namun begitu, yuran produk biasa seperti bayaran perkhidmatan dan GST adalah terpakai. Dengan adanya MyASNB ini, ianya memudahkan anda untuk:

  • Pertanyaan butiran pegangan semasa
  • Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
  • Pelaburan tambahan
  • Kemaskini maklumat peribadi

Untuk makluman, portal MyASNB dapat diakses setiap masa. Namun begitu, transaksi kewangan adalah terhad kepada:

  • Dana harga tetap: Ahad hingga Jumaat (7 pagi – 7 petang).
  • Dana harga berubah: Ahad hingga Jumaat (7 pagi – 4 petang)
  • Nota : Tidak termasuk hari Sabtu and Cuti Umum.

Cara Tambah Pelaburan MyASNB

Jika anda ingin menambah pelaburan anda, ikuti langkah dibawah :

Semak ASB Online img 2

  • Login ke MyASNB dan klik pada bahagian Portfolio.
  • Kemudian pada bahagian transaksi pilih Pelaburan Tambahan.
  • Had minima adalah RM100 manakala had maksima sehari RM30,000 sahaja.

Disebabkan prestasi ASB cukup baik pada masa sekarang dan sepanjang diperkenalkan, maka ASB adalah tabung terbaik kepada anda yang ingin menyimpan duit. Pulangan 6-7% setahun sudah cukup baik memandangkan ianya mendapat jaminan kerajaan dan risikonya sangat rendah. Lebih – lebih lagi, pelaburan ASB mudah dicairkan.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh terus menghubungi talian seperti dibawah :

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!