KerjaKosong.Co
No Result
View All Result
KerjaKosong.Co
No Result
View All Result
Home Portal Rasmi

Program Subsidi Petrol – Semak Kelayakan

Admin JKK by Admin JKK
December 31, 2019
Program Subsidi Petrol
  • 48shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Program Subsidi Petrol (PSP) adakah anda layak ? Semak kelayakkan anda di portal rasmi sekarang.

Semakan boleh dibuat terus secara online. Jika tidak layak, boleh membuat rayuan program subsidi petrol di sini.

Program Subsidi Petrol adalah salah satu inisiatif kerajaan Pakatan Harapan dalam Belanjawan 2020.

Melalui program ini, bantuan tunai akan dikreditkan ke akaun bank penerima dalam tempoh ditetapkan.

Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 bagi kereta dan RM12 bagi motosikal yang dikira setiap bulan.

JawatanLain-Lain

E-Pengambilan PDRM Polis Diraja Malaysia 2021. Gaji RM 1,334.00- RM 9,803.00. Minima SPM!

Cara Tukar Alamat Dalam MyKad

Cara Keluarkan KWSP Akaun 2

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PSP bertujuan bagi menggantikan subsidi petrol sedia ada dengan lebih bersasar.

SEMAK KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI PETROL 2020

Melalui Program subsidi petrol terbaru ini, bantuan akan disalurkan hanya kepada golongan layak iaitu warganegara dalam kategori B40 dan M40 yang memerlukan.

Penerima program ini perlulah memiliki kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,6000 yang berumur 10 tahun ke atas.

Manakala untuk motosikal pula, kategori yang layak hanyalah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun ke atas.

Program ini bakal dinikmati oleh 2.8 juta penerima BSH dengan anggaran RM65.4 juta sebulan diperuntukkan dalam Belanjawan 2020.

Anda boleh menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol di portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah antara syarat kelayakan terkini bagi permohonan subsidi Petrol (PSP) ini.

Mestilah terdiri daripada penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja
Memiliki kenderaan berdaftar dan mestilah memiliki lesen kenderaan yang sah
Had pemilikan adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja

Kriteria kenderaan yang layak menerima Program Subsidi Petrol adalah seperti berikut:

Kereta ≤ 1,600cc
Kereta > 1,600cc dan berusia ≥ 10 tahun
Motosikal ≤ 150cc
Motosikal > 150cc dan berusia ≥ 7 tahun

Program Subsidi Petrol

Kadar kelayakan subsidi adalah RM30 untuk kereta manakala RM12 untuk motosikal.

Program Subsidi Petrol (PSP) hanya di buat di semenanjung Malaysia sahaja kerana di sabah dan sarawak subsidi masih dikekalkan kepada semua pengguna tanpa pengecualian bersasar.

Oleh itu, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95 dan terus mendapat harga petrol yang disubsidi terus.

PERMOHONAN RAYUAN

Terdapat beberapa sebab jika permohonan program subsidi petrol anda gagal, diantaranya adalah:

KOD01 – Tiada rekod sebagai penerima BSH
KOD02 – Alamat pemohon di Sabah / Sarawak
KOD03 – Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ
KOD04 – Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan
KO05 – Melebihi kelayakan pemilikan kenderaan

Bagi membuat permohonan rayuan bagi setiap kod alasan tersebut, sila klik pada butang “Ingin Merayu” dan isi semula permohonan anda supaya memenuhi syarat kelayakan subsidi petrol 2020.

Sekiranya terdapat persoalan lain, anda boleh hubungi talian hotline PSP di nombor 1-800-886-800 atau melalui WhatsApp 019-278 6356.

  • 48shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Categories

  • 1MDB
  • Biasiswa
  • BMW Malaysia
  • Car
  • Cara Memohon
  • Contoh Soalan
  • Creative Commons Malaysia
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong Johor
  • Jawatan Kosong Kedah
  • Jawatan Kosong Kelantan
  • Jawatan Kosong KL
  • Jawatan Kosong Kuantan
  • Jawatan Kosong Melaka
  • Jawatan Kosong Pahang
  • Jawatan Kosong Perak
  • Jawatan Kosong Perlis
  • Jawatan Kosong Pulau Pinang
  • Jawatan Kosong Putrajaya
  • Jawatan Kosong Sabah
  • Jawatan Kosong Sarawak
  • Jawatan Kosong Selangor
  • Jawatan Kosong SPA
  • Jawatan Kosong Swasta
  • Jawatan Kosong Terengganu
  • Jawatan Kosong Terkini
  • Jawatan Negeri Sembilan
  • KWSP
  • Lain-Lain
  • LBBG
  • Meps Atm
  • Pakatan Rakyat
  • Pegawai Tadbir
  • Perkeranian / Operasi
  • Portal Rasmi
  • PSH
  • SAPS
  • SPA
  • SPP
  • Utusan Group
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Post A Job
  • Privacy Policy
  • Term & Condition

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

  • 48shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Dapatkan Jawatan Tanpa Kabel WHATSAPP