Perniagaan Paling Untung

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Perniagaan Paling Untung | Pada zaman yang serba canggih ini membuat kita boleh melakukan pelbagai jenis perniagaan. Dengan wujudnya penggunaan internet secara meluas, ia dapat memberikan kita pulangan yang lumayan tidak kira dimana kita berada.

Walaupun ramai yang sentiasa mencari ruang serta peluang untuk memulakan perniagaan namun masih ada yang terfikir – fikir sama ada ingin memulakan perniagaan ataupun tidak. kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda 24 pekerjaan yang akan memberikan pulangan yang masyuk kepada anda semua.

24 Jenis Perniagaan Paling Untung Di Abad Ini

1.Pengurus Media Sosial

Perniagaan Paling Untung

Jika anda seorang yang pandai untuk memasarkan diri serta kebolehan anda, anda mampu untuk menguruskan akaun media sosial bagi beberapa buah syarikat dalam pada satu masa. Anda perlu berani untuk iklankan kebolehan serta kemampuan anda bagi menyakinkan mereka bahawa anda boleh menguruskan pelbagai medium media sosial serta dapat meningkatkan jualan bagi syarikat tersebut.

2. Social Influencer

Sesiapa sahaja boleh menjadi terkenal atau digelar selebriti internet. Apabila wujudnya pengaruh serta pengikut yang ramai, anda boleh menjana pendapatan dengan mengiklankan produk atau perkhidmatan orang lain mahupun diri sendiri.

3. Rakan Pemasaran Affiliate

Pemasaran affiliate merupakan satu perkongsian seorang pemasar digital atau blogger dengan sesebuah organisasi atau peruncit. Melalui pekerjaan ini, peruncit atau organisasi akan membayar secara komisyen bagi setiap jualan yang disyorkan oleh blogger atau pemasar digital tersebut.

4. Perancang Dan Promoter Acara

Bagi restoran, kelab ataupun acara yang diadakan namun berhadapan dengan masalah pelanggan, mereka akan menggunakan kepakaran perancang dan promoter acara bagi menarik pelanggan datang ke lokasi dan anda akan dibayar untuk perkhidmatan yang digunakan.

5. Pelabur Hartanah

Dengan modal dimana anda boleh mengambil risiko dengan aset kira serta menjadikan hartanah komersial dan kediaman sebagai pelaburan jangka masa panjang ia akan mewujudkan peluang bagi membeli dan menjual hartanah bagi menghasilkan keuntungan. Namun begitu, anda perlu membuat kajian sebelum melakukan perkara ini.

6. Ghostwriter

Atau nama melayunya penulis hantu, dimana  anda boleh menggunakan kelebihan anda untuk menulis dengan baik serta cepat. Jika anda sentiasa melakukan kerja dengan konsisten serta berkualiti, pastinya perniagaan anda akan sentiasa berkembang maju. Anda boleh menggunakan platform seperti Upwork atau Freelancer.com untuk mencari pelanggan.

7. Perterjemah Kandungan

Jika anda seorang yang pakar menggunakan pelbagai bahasa, ini adalah perniagaan yang terbaik untuk anda. Anda boleh mula membina satu laman web yang mudah dan melakukan perkhidmatan berbayar bagi menterjemah laman web, dokumen atau sebagainya.

8. Flipper Laman Web

Jika anda belum tahu, laman web juga mempunyai ramai ipper juga walaupun anda ingat istilah ipping hanya terkenal dalam industri hartanah.
Dengan menggunakan platform Flippa atau mana-mana pasaran perniagaan atas talian, anda boleh jual beli projek, domain dan juga laman web. Jika kita mahir, kita boleh jana keuntungan hanya dengan pelaburan yang kecil

9. Pencipta Sambungan Gmail

Kebanyakan perniagaan moden menggunakan emel untuk menjalankan kerja seharian. Banyak peluang untuk
menggunakan sambungan Gmail untuk mengautomasikan aliran kerja bagi menjimatkan masa dan duit.

10. Juru Gambar/Video Dron

Dengan wujudnya kemajuan dalam teknologi penerbangan dimana telah menghasilkan penerbangan dron. Dengan wujudnya dron ini anda mampu mengambil gambar atau video di atas bangunan dan landskap yang cantik dengan sangat mudah. Kebanyakkan industri hartanah komersial dan kediaman sangat memerlukan juru gambar atau video yang mahir menggunakan dron bagi berkhidmat kepada ejen dan pemaju hartanah.

11. Pembangun Chatbot FAQ

Kebanyakkan syarikat akan menghabiskan masa berjam – jam dalam sehari bagi menjawab persoalan dari orang ramai. Dengan wujudnya chatbox ini akan membantu soalan yang ditanya pelanggan akan dijawab secara automatik.

12. Pengajar / Tutor

Tidak kira sama ada bagi peperiksaan penting di sekolah ataupun di universiti, kebanyakkan pelajar memerlukan bantuan pengajar bagi memperoleh keputusan yang terbaik bagi subjek yang berbeza. Jika anda seorang yang pandai dalam bidang mahupun mata pelajaran tersebut serta diiktiraf, ibubapa sanggup membayar perkhidmatan anda walaupun mahal.

13. Pembantu Peribadi

Kebanyakkan pemilik syarikat tidak mempunyai tenaga dan masa bagi melakukan perkara yang berkaitan dengan admin. Bagi meluangkan masa mereka, mereka akan mencari seorang pembantu peribadi dan kebanyakkannya akan memberikan bayaran yang tinggi untuk tugas ini.

14. Pengulas / Reviewer

Anda boleh menjana pendapatan dengan menjadi seorang pengulas secara profesional. Anda hanya perlu menilai sesuatu produk dan memberikan penilaian yang jujur terhadap produk tersebut. Ia mungkin akan mengambil masa untuk orang benar – benar percayakan anda, namun lama – kelamaan orang akan mula percaya kepada anda dan mula tertunggu – tunggu komen anda mengenai sesuatu produk.

15. Jurulatih Kehidupan

Jika anda ingin menjadi seorang jurulatih kehidupan, anda hanya perlu menggunakan pengalaman yang lalu dan menyakinkan kepada sesorang. Anda hanya perlu membekalkan strategi atau hanya memberi khidmat nasihat kepada mereka.

16. Pereka Laman Web

Kebanyakkan syarikat atau golongan profesional yang memerlukan sebuah laman web bagi mewakili mereka namun mereka tidak mampu untuk melakukan sendiri akan mencari pereka laman web. Kebanyakkan dari mereka mampu membayar dengan tinggi asalkan anda mampu menghasilkan sebuah laman web yang berkualiti serta dapat menonjolkan imej mereka.

17. Jurulatih Peribadi

Jika anda seorang yang berbadan sado serta mengamalkan kehidupan yang sihat, anda boleh menjadi seorang jurulatih peribadi. Hal ini kerana, anda akan sentiasa diperlukan untuk membimbing mereka ke jalan yang betul bagi yang inginkan badan yang diidamkan.

18. Craigslist Flipper

Kalau di Malaysia mungkin Craigslist masih tidak begitu popular, namun anda boleh menggunakan platform seperti Mudah atau Carousell untuk membeli sesuatu yang mungkin dianggap sebagai barang lusuh atau tidak bernilai oleh sesetengah pihak, namun boleh dijadikan barangan vintage dan boleh dijual pada harga yang tinggi kepada pihak yang lain pula.

19. Penjual Barangan Petani

Jika anda ada mengenai seorang petani di kawasan anda, anda boleh menghubungi mereka bagi membantu mereka untuk menjual barangan dari hasil mereka ke pasar – pasar awam. Selain membayar bagi mendapatkan barangan mereka, anda juga boleh bekerjasama dengan mereka tanpa mengeluarkan model namun akan memperoleh komisyen pada setiap jualan.

20. Perunding Iklan Yang Berbayar

Jika anda pakar dalam Google Adworks atau Facebook Ads, anda perlu merebut peluang ini. Hal ini kerana, kebanyakkan perniagaan hanya bergantung kepada iklan berbayar untuk memperoleh pelanggan. Jadi mereka akan membayar perkhidmatan anda sebagai penasihat bagi menguruskan perbelanjaan mereka.

21. Pemilik Perniagaan Dropship

Jika anda tidak mempunyai modal, anda boleh berniaga sebagai dropship. Anda bukan sahaja tidak perlu mempunyai modal namun anda juga tidak perlu memegang stok. Anda hanya perlu mempromosikan, terima order dan hantar ke HQ untuk aktiviti pengeposan.

22. Pembangunan Kursus Online

Jika kita tahu sesebuah industri dengan mendalam, anda boleh hasilkan serta jual kursus online yang mengajar orang ramai mendalami ilmu tersebut. Sebagai contoh anda pandai buat website, sekarang anda boleh menjual kursus membuat website dalam bentuk video atau e-book

23. Penulis Surat Berita (Newsletter)

Dengan membangunkan surat berita dengan ramai pengikut yang aktif, pihak pengiklan sanggup bayar mahal untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka di khalayak ramai yang betul. Mula dengan niche yang kecil yang anda boleh menambah nilai pelanggan, ianya pasti akan berkembang dalam jangka masa panjang.

24. Pereka Bentuk Freelance

Belajar untuk menggunakan Photoshop atau lain-lain perisian untuk membolehkan anda mereka bentuk yang menarik, dan andaboleh mengenakan bayaran kepada pelanggan. Sebagai seorang freelancer, anda boleh kerja ikut masa sendiri dan tentukan perkembangan perniagaan sendiri. Nak lagi banyak duit, ambil lagi ramai pelanggan selagi anda termampu.

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!