Permohonan UPU Online UA Politeknik ILKA

Permohonan UPU Online UA Politeknik ILKA | Adakah anda salah seorang lepasan SPM/STPM 2019 yang ingin melanjutkan pelajaran? Pendaftaran bagi permohonan UPU 2020/2021 secara atas talian (online) bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA – dahulunya dipanggil IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka akan dibuka pada bulan Oktober 2019 dan dijangka dibuka semula untuk pemilihan program pada Februari/ Mac 2020.

Untuk membuat pendaftaran bagi memohon UPU, anda tidak perlu untuk membeli pin. Namun begitu, bagi membuat permohonan serta mengakses borang UPUonline semasa pemilihan program, anda perlu membeli Pin Unik ID UPU di BSN mulai tarikh yang akan dikemaskini kemudian.

Anda yang berminat serta mempunyai kelayakan adalah dipelawa bagi memohon dengan memilih kursus pengajian berdasarkan kepada kelayakan calon dan minat.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai cara untuk memohon UPUonline.

Permohonan UPU Online UA Politeknik ILKA img

Permohonan UPU Kemasukan Ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti Dan ILKA Sesi 2020/2021

Siapa Yang Layak Untuk Memohon UPU 2020/2021 Online?

Kategori program pengajian yang ditawarkan dan calon yang layak untuk memohon berdasarkan kelulusan mereka adalah seperti berikut :-

A. Calon Lepasan SPM/ Setaraf : Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti & ILKA

Semua calon yang berkelulusan :

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • SPM tahun semasa sahaja (Kategori A)
  • SPM bukan tahun semasa (Kategori B)

[/su_list]

berpeluang dan layak bagi membuat permohonan untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA berdasarkan kelayakan serta minat.

B. Calon Lepasan STPM/ Setaraf : Program Ijazah Sarjana Muda Di UA Dan Politeknik Premier

Kategori pemohon untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti berikut :-

1. STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:-

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Kategori A • Aliran Sastera
  • Kategori S • Aliran Sains

[/su_list]

2. Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J). Pelajar Matrikulasi KPM/ Asasi UiTM/PASUM  pada tahun semasa adalah seperti pecahan berikut :-

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM/ Asasi UiTM/PASUM
  • Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
  • Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
  • Kategori L • Aliran TESL Calon Asasi UiTM
  • Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
  • Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM

[/su_list]

3. Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)

Kategori G • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA) / DIPLOMA POLITEKNIK :-

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA)
  • DIPLOMA POLITEKNIK

[/su_list]

Kategori E • DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAINLAIN KELAYAKAN:-

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
  • DIP LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
  • DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
  • DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN

[/su_list]

Kategori F • KELAYAKAN SETARAF :-

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • A LEVEL
  • INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
  • SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
  • STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
  • AUSMAT/ SAM / ADFP
  • FOUNDATION IPTS

[/su_list]

4. Lepasan STAM (Kategori T)

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun semasa serta tahun sebelum tahun semasa

[/su_list]

2. Tarikh Penting Pendaftaran Permohonan UPU Sesi 2020/2021

Tarikh penting bagi Pendaftaran Permohonan UPUOnline sesi 2020/2021 adalah seperti berikut:

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • 21 Oktober 2019, jam 12 tengahari : Tarikh buka
  • 31 Disember 2019, jam 6 petang : Tarikh tutup
  • Akan dibuka semula untuk permohonan pemilihan program dalam bulan Februari / Mac 2020

[/su_list]

3. Cara Membuat Pendaftaran Permohonan UPU 2020/2021 Online

Pendaftaran Permohonan UPU hanya terbuka kepada calon-calon yang telah menduduki peperiksaan berikut:

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • SPM 2017, 2018 dan 2019
  • STPM 2019
  • STAM 2018 dan 2019
  • Matrikulasi/Pasum/Asasi

[/su_list]

TIADA pembelian NO. UNIK ID diperlukan. Hanya lengkapkan pendaftaran di pautan ini:

Jika anda  menghadapi kesulitan, boleh merujuk kepada Manual Pengguna Pendaftaran:

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

[/su_list]

Nota : NO. UNIK ID tidak diperlukan untuk sesi pendaftaran pada waktu ini tetapi masih diperlukan sewaktu permohonan pada Februari hingga Mac 2020 (semasa pemilihan program). Penjualan NO. UNIK ID bagi permohonan kemasukan akan dimaklumkan kemudian.

4. Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2020/2021

Sistem permohonan Online UPU akan dibuka seperti tarikh berikut (Tarikh tahun lepas dalam kurungan):-

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Akan dikemaskini (25 Februari 2019), jam 12:00 tengahari : Tarikh Buka
  • Akan dikemaskini (2 April 2019), jam 11:59 malam : Tarikh Tutup

[/su_list]

Tarikh penting berkaitan panggilan temuduga dan semakan keputusan serta rayuan boleh dirujuk di UPU IMPORTANT DATES

5. Cara Membuat Permohonan UPU 2020/2021 Online

Permohonan kemasukan ke Universiti Awam, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti) dan ILKA adalah melalui UPUonline (Permohonan atas talian). Berikut dikongsikan cara membuat permohonan UPU kemasukan ke UA, Politeknik Premier/ Konvensional/ METrO, ILJA dan Kolej Komuniti.

Permohonan UPU Online UA Politeknik ILKA img 2

A. Pin Unik UPU

Pemohon perlu membeli nombor Pin Unik ID UPU terlebih dahulu di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum dapat mengakses borang UPUonline untuk mengisi permohonan. Tarikh pembelian Pin Unik ID UPU adalah seperti berikut (Tarikh tahun lepas dalam kurungan):-

  • Akan dikemaskini (25 Februari 2019) : Tarikh mula
  • Akan dikemaskini (1 April 2019) : Tarikh Tutup iaitu sehari awal dari tarikh tutup permohonan

Harga nombor PIN Unik ID adalah RM15.60 termasuk SST untuk kedua-dua kategori permohonan iaitu lepasan SPM/ Setaraf dan lepasan STPM/ Setaraf. Untuk tahun 2018, tiada GST dikenakan untuk permohonan kemasukan UPUonline.

B. Isi Borang Permohonan UPUonline

Pemohon boleh mengkases borang permohonan dengan menggunakan no pin unik ID di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di URL berikut :-

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

[/su_list]

Sistem applikasi permohonan online UPU hanya akan diaktifkan pada tarikh permohonan dibuka. Pemohon pertama kali atau pemohonan baharu perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna sistem UPUonline tanpa memerlukan No Pin unik ID. Mereka yang telah mendaftar boleh login masuk ke applikasi permohonan dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah di daftarkan.

Nota : Sila pastikan anda mencetak slip permohonan dan menyimpannya sebagai bukti yang permohonan online UPU telah dibuat.

4. Syarat Am Kemasukan

Dibawah ini adalah Syarat Am permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan SPM (akan dikemaskini):-

A. Program Lepasan SPM

i) UA/ Politeknik Premier

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya LIMA kepujian bagi mana – mana matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus Sejarah mulai tahun 2013

[/su_list]

ATAU

ii) Politeknik Konvensional. Kolej Komuniti & ILKA

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Warganegara Malaysia dan
  • Boleh menulis, membaca dan mengira.

[/su_list]

B. Program Lepasan STPM/ Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf adalah seperti berikut:

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Hanya terbuka kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai Kad Pengenalan MyKAD sahaja.

[/su_list]

Kelayakan

i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Pemohon mestilah memperoleh KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

[/su_list]

ATAU

ii. SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)

Kesetaraan SVM dengan 3 kredit SPM seperti berikut:

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Kepujian Bahasa Melayu 1104;
  • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
  • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67;
  • Kompeten semya modul vokasional; dan
  • Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM))

[/su_list]

DAN

iii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dengan PNGK 2.00 untuk 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am

[/su_list]

ATAU

iv. MATRIKULASI/ ASASI

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

[/su_list]

v. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;

[/su_list]

ATAU

vi. DIPLOMA / SETARAF

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Mempunyai kelulusan Diploma UA/ Politeknik/ IPTS, Diploma Vokasional Malaysia (DVM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM),  atau
  • Kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; atau
  • Lulus peperiksaan STPM tahun 2018 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
  • Matrikulasi/Asasi tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00; atau
  • STAM tahun 2016 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; atau
  • Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level/ International Baccalaureate Diploma/ Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA.

[/su_list]

DAN

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2015.

[/su_list]

5. Syarat Khas – Kursus Pengajian Yang Layak Dimohon

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan untuk Permohonan UPU Kemasukan ke UA/Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA/ bagi Program Pengajian

Lepasan STPM/Setaraf. MUET band 1 sebagai syarat khas kemasukan masih dilaksanakan oleh UA bagi program-program yang berasaskan bakat dan kecergasan.

Terdapat banyak program pengajian dan kursus yang ditawarkan di UPU. Untuk membuat semakan syarat kelayakan berdasarkan kepada kelulusan akademik anda, sila rujuk kepada Applikasi online Sistem Semakan Syarat Kelayakan/ Kemasukan di bawah ini.Senarai kursus pengajian yang layak di mohon akan dipaparkan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan SPM/STPM pemohon.

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

[/su_list]

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada 14 tips panduan permohonan beserta grafik panduan kemasukan 2020/2021 UPU di bawah ini yang akan dikemaskini.

TIPS PERMOHONAN UPU ONLINE 2020/2021

1. Beli Pin Unik ID UPU di BSN yang berharga RM15.60
2. Pastikan kategori anda SPM/ STPM/ Matrikulasi/ Diploma
3. Buka Portal Rasmi UPU di upu.moe.gov.my
4. Semak kecenderungan anda di website UPUtag
5. Sila semak syarat kelayakan AM/ KHAS di e-panduan upuonline
6. Semak syarat e-Panduan dengan teliti
7. Isi permohonan secara ONLINE
8. Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap
9. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan
10. Isi borang sampai habis
11. Klik “SAH & HANTAR”
12. Cetak slip permohonan
13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat
14. Semakan dan Kemaskini permohonan adalah tanpa had tapi ingat jangan tunggu sehingga saat akhir

Permohonan UPU Online UA Politeknik ILKA img 3
6. Maklumat Lanjut Permohonan UPU 2020/2021

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Permohonan UPU bagi Kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA bagi sesi 2020/2021 online, sila layari :-

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

[/su_list]

Selain itu, anda juga disarankan untuk ke Karnival Jom Masuk U/IPTA bagi mendapatkan maklumat berkaitan universiti beserta kursus pengajian yang bersesuaian dengan pemohon.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×