KerjaKosong.Co » Cara Memohon » Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM RM200 Sebulan Maksimum RM1,000

Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM RM200 Sebulan Maksimum RM1,000


Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM RM200 Sebulan Maksimum RM1,000

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Semua bentuk bantuan JKM tidak menjanjikan permohonan anda diterima, anda layak memohon jika anda memenuhi setiap syarat yang ditetapkan. Namun jika anda tidak dapat bantuan ini anda boleh memohon bantuan lain.

Berikut senarai bantuan JKM: 11 Jenis Bantuan JKM Yang Anda Boleh Mohon Sehingga RM1,000

 

OBJEKTIF

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

SYARAT KELAYAKAN

Kriteria khusus bagi membuat permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

CARA PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK JKM 2021

Anda boleh membuat permohonan melalui 2 cara, iaitu sama ada secara manual atau online.

Di sini kami kongsikan langkahnya:

i. Permohonan Secara Online

  1. Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  2. Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian.
  3. Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
  4. Tekan butang Daftar.
  5. Isikan makluman lain yang berkaitan.
  6. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

ii. Permohonan Secara Manual (Pejabat JKM)

Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangan : Klik Sini

Borang Berkaitan Permohonan Bantuan JKM

Maklumat lanjut

Maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, anda berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Laman web : jkm.gov.my

Telefon : 03-8000 8000

Faks : 03 – 8323 2045

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM RM200 Sebulan Maksimum RM1,000” ini sahaja. kerjakosong tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×