Pasti ramai yang tertanya-tanya, bila bayaran i-Sinar bulan kedua, ketiga dan seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, khususnya untuk bulan April ini.
Tidak seperti i-Lestari yang dijadualkan pembayarannya setiap bulan, penerima i-Sinar akan menerima bayaran mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.
Untuk mendapat kepastian, kami telah bertanyakan hal ini sendiri melalui ELYA Live Chat KWSP pada hari ini.
Berikut adalah jawapan KWSP tentang tarikh bayaran bulanan i-Sinar KWSP yang akan akan diterima.
Tarikh Bayaran iSinar Bulan April & Selepas Membuat Pindaan Amaun
Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar yang berikutnya akan dibayar pada tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama 6 Januari, bayaran kedua pun sekitar 6 Februari, dan bulan Mac dan April juga pada 6 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) atau maksimum dalam tempoh 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.
Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.
Semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar Selepas Membuat Pindaan
Bagi yang dah buat pindaan, (contohnya, sebelum ni akaun dah expired sebab KWSP dah bayar habis dah jumlah yang dipohon).
Nanti bila buat pindaan, akaun kembali berstatus Active dan ada Recurring Date sampai July KWSP bayar semua amaun yang layak seperti yang dipinda baru-baru ni seperti dalam gambar di bawah.
Cara buat semakan di i-Akaun boleh rujuk seperti di bawah. Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar April 2021
Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar April dan bulan seterusnya, sila rujuk langkah di bawah.
Buka apps i-Akaun melalui smartphone. Login menggunakan ID dan P.assword yang telah didaftarkan. Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL. Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’. Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar.
Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar atau ELYA Live Chat. Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui media sosial rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia).
Semoga info ini bermanfaat.