Sedia maklum bahawa pembayaran i-Lestari untuk bulan Mac telah diawalkan dan dibayar pada hujung Februari lalu.
Hal ini disebabkan pemansuhan kriteria i-Sinar pada bulan Mac.
Oleh itu, tiada pembayaran yang akan dilaksanakan pada bulan Mac.
Pembayaran Terakhir i-Lestari
Ramai yang mendakwa bahawa pembayaran hujung Februari merupakan pembayaran akhir i-Lestari tetapi ianya tidak benar sama sekali.
Jika diikutkan jadual asal sebelum perubahan tarikh, pembayaran terakhir i-Sinar ialah pada bulan April bermula 1 – 12 April.
Kemaskini daripada KWSP turut menyatakan bahawa tarikh diatas merupakan tarikh terakhir pembayaran i-Lestari.
Anda boleh rujuk gambar di bawah yang menyatakan bahawa 1 April merupakan pembayaran terakhir.
Anda juga boleh menyemak tarikh pembayaran ke akaun anda melalui i-Akaun KWSP anda.
Cara Semakan Status Pembayaran i-Lestari Secara Online
- Anda perlu layari laman web rasmi i-Lestari secara online melalui pautan yang diberikan disebelah https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php
- Anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit yang disahkan.
- Klik captcha “saya bukan robot” dan klik butang semak.
Cara Pembatalan Pengeluaran i-Lestari
- Maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari terdahulu tidak akan dipaparkan,
- Anda perlu memastikan mempunyai maklumat permohonan pengeluaran terdahulu sebagai rujukan.
- Bayaran bulanan akan terus terhenti dengan pembatalan.
- Sekiranya kaedah bayaran semasa adalah Arahan Bayaran, pembatalan boleh dilakukan di Kaunter KWSP melalui Janji Temu Online.
- Jika anda ingin membuat permohonan semula setelah pembatalan, permohonan semula i-Lestari boleh dibuat pada hari berikutnya setelah pembatalan.
- PEMBATALAN PENGELUARAN i-LESTARI