Pelbagai Jenis Bantuan Disediakan JKM Yang Boleh Dimohon Tahun Ini

Ini adalah beberapa senarai bantuan kewangan JKM yang ditawarkan dan boleh dimohon pada tahun ini oleh golongan-golongan yang berkelayakan. Untuk makluman, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan sebuah agensi dibawah kerajaan.

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Kebanyakan orang tidak tahu sama ada mereka tergolong dalam golongan yang kurang berkemampuan dan kurang kelayakan. Mereka boleh mengemukakan permohonan berdasarkan kategori bantuan bagi mengurangkan beban.

JKM telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif dalam Program Bantuan Kebajikan yang disediakan secara purata sebulan sekali. Inisiatif yang ditawarkan direka untuk membantu kumpulan sasar untuk terus bertahan dan hidup sejahtera dalam komuniti.

KADAR BANTUAN KEWANGAN JKM

Untuk pengetahuan umum, kadar bayaran bagi bantuan JKM adalah berbeza bermula dari RM150 sehingga RM1,000 sebulan. Jumlah ditentukan berdasarkan jenis bantuan dan jumlah tanggungan isi rumah.

SENARAI BANTUAN KEWANGAN JKM

Berikut adalah senarai jenis bantuan kewangan JKM yang ditawarkan pada tahun 2023 kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti di bawah :

  • Bantuan Kanak-kanak (BKK)
  • Bantuan Warga Emas (BWE)
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat Tiruan / Sokongan (BAT)
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Makluman : Perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) di antara kerajaan negeri dan persekutuan. Perkara ini termaktub dalam peruntukan senarai 3 (Jadual Kesembilan Senarai Perundangan) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN JKM

Bagi rakyat Malaysia daripada kumpulan sasar yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi, anda boleh mengemukakan permohonan di bawah kategori bantuan yang bersesuaian.

Untuk garis panduan cara memohon dan syarat kelayakan. Sila layari laman web rasmi JKM eBantuan DISINI

Di halaman rasmi tersebut, anda boleh menyemak kesemua perkara berkenaan bantuan yang disediakan oleh JKM yang boleh anda mohon.

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan JKM, pada tahun 2023 akan ada lebih banyak fasilitas dan inisiatif berupa bantuan dari kerajaan. Bagi yang belum mengetahuinya, silakan lihat daftar bantuan yang tersedia dan layak – klik DISINI untuk rujukan umum.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×