KerjaKosong.Co » Isu Semasa » PELAN PEMULIHAN NEGARA: Rentas Negeri Dibenarkan Fasa 4 (November/Disember) 2021

PELAN PEMULIHAN NEGARA: Rentas Negeri Dibenarkan Fasa 4 (November/Disember) 2021


PELAN PEMULIHAN NEGARA: KEBENARAN RENTAS NEGERI DIJANGKA DILAKSANAKAN PADA NOVEMBER / DISEMBER 2021

Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tadi telah memperincikan tentang rangka pemulihan secara berfasa buat sistem kesihatan dan kelangsungan rakyat Malaysia.

Menurut pengumuman sebentar tadi, pemulihan ini akan dilaksanakan secara empat fasa, di mana kebenaran rentas negeri hanya akan dapat dilaksana pada peringkat keempat PKP, iaitu sekitar bulan November – Disember 2021.

Berikut dikongsikan intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun 2021 sebentar tadi:

  1. Negara kehilangan RM1 bilion ringgit sehari sepanjang PKP dilaksanakan pada masa ini
  2. PM Muhyiddin umum Strategi Pelan Pemulihan Negara merangkumi empat fasa, libatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat
  3. Kerajaan akan pertimbang peralihan fasa pertama kepada Fasa Kedua PKP sekiranya purata kes harian COVID-19 di bawah 4,000
  4. Aktiviti sosial, rentas negeri masih tidak dibenarkan semasa Fasa 2 PKP
  5. Kerajaaan akan mempertimbangkan aktiviti ekonomi dibuka secara berperingkat dalam Fasa Kedua peralihan PKP dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis
  6. Semua aktiviti pembuatan dibenarkan beroperasi semasa Fasa 3 PKP tertakluk kepada SOP dan had kapasiti
  7. Dalam Fasa Ketiga PKP, semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19 yang masih ditutup
  8. Fasa Ketiga PKP dilaksanakan sekiranya negara berjaya capai nilai ambang iaitu purata kes harian COVID-19 bawah 2,000 kes
  9. Sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa Ketiga PKP, sekitar September atau Oktober
  10. Fasa Keempat PKP dilaksana sekiranya negara berjaya capai kes harian bawah 500
  11. Perjalanan rentas negeri dijangka dibolehkan pada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara iaitu sekitar bulan Nov & Dis 2021
  12. Fasa 4 dapat dilaksanakan apabila bilangan kes COVID -19 adalah rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti berkelompok atau herd immunity selewatnya pada akhir tahun ini.Pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat

Pelan yang disediakan ini adalah bersandarkan data serta sains yang diperoleh daripada sudut pengurusan pandemik, ekonomi dan vaksinasi negara sehingga ke peringkat negara mencapai imuniti kelompok.

Mari kita semua bantu kerajaan menjayakan Pelan Pemulihan Negara agar kita dapat hentikan penularan Covid-19 dan sektor ekonomi dapat dipulihkan.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×