Semalam pada 9 Mei 2021 jam 2 petang berlakunya Sidang Media Khas secara langsung oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Beliau telah membentangkan Pakej Kita Selangor 2.0 yang dijangkakan bakal membantu segenap golongan yang terjejas akibat berlakunya perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku akibat peningkatan semula jangkitan kes Covid-19 di negara ini.

Pada awal tahun lepas ketika wabak Covid-19 ini baru wujud di negara kita, PKP 1.0 dilaksanakan bagi mencegah penularan wabak ini, dan kerajaan Selangor turut mengumumkan pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin yang bernilai RM127.78 juta.
Dan Kerajaan Negeri sekali lagi telah mengumumkan pakej bagi fasa kedua pada 1 April tahun yang sama bernilai RM272 juta bagi menangani pandemik wabak Covid-19 ini. Manakala Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri pula sebanyak RM55.8 juta telah dibentangkan pada 13 Julai diikuti Pakej Kita Selangor berjumlah 73.8 juta pada 20 Januari pada tahun. ini.
Senarai Bantuan Pakej Selangor Kita 2.0
1. Program Bakul Makanan – Insentif khas untuk golongan B40, pemandu bas dan van sekolah, pemandu teksi dan bas persiaran, ibu tunggal dan OKU serta pesakit COVID-19.
2. Bantuan Kewangan Pesakit COVID19 Yang Meninggal Dunia – Bantuan RM1,000 akan diberikan bagi setiap keluarga waris
3. Bantuan Khas RM500 OKU – Bantuan RM500 secara one-off
4. Moratorium Usahawan Hijrah Selangor – Moratorium pinjaman HIJRAH selama 1 setengah bulan kepada 40,000 usahawan
5. Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor – Tempoh mula bayaran ansuran dilanjutkan dariapda 6 bulan kepada 12 bulan selepas tamat pengajian
6. Penanguhan bayaran sewa PPR & Smart Sewa – Penangguhan bayaran sewa bulan Julai 2021
7. Penangguhan Bayaran Pinjaman Pelajaran Biasiswa Yayasan Selangor – bermula 1 April hingga 30 September 2021
8. Program Tuisyen Selangor– Memanfaatkan serami 50,000pelajar
9. Inisiatif Khas Aduan Keganasan Rumahtangga RM100,000
10. Bantuan Makanan dan keperluan asas– bakal memanfaatkan sejumlah 7,500 mahasiswa di kampus.
11. Bantuan Jaminan Makanan
12. program Agro Prihatin
13. Bantuan benih padi
14. Bantuan Usahawan Industri Asas Tani
15. Modal Awal Perniagaan
16. PLATS Selangor
17. Ujian Saringan.
Maklumat lanjut
Boleh lihat https://www.amirudinshari.com/kitaselangor2