Isu Semasa » Neelofa Menganjing Abang Burger? Apa Motif Upload Gambar Burger?

Neelofa Menganjing Abang Burger? Apa Motif Upload Gambar Burger?

Selebriti terkenal Malaysia, Neelofa telah dikenakan saman sebanyak RM20,000 bagi dua kesalahan tanpa sebarang diskaun, umum Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah.

Bagi kesalahan yang pertama, Neelofa  gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) selaku penganjur majlis perkahwinan apabila gagal mewujudkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter ketika majlis akad nikahnya baru-baru ini.

Selain itu, kesalahan kedua pula adalah kerana tindakan melanggar kebenaran merentas negeri memandangkan ada bukti antara aktiviti tersebut berada di luar skop kebenaran yang diberikan pihak polis.

Neelofa Akhirnya Disaman Sebab Langgar SOP

Dalam masa yang sama, suami beliau, PU Hariz turut dikenakan saman sebanyak RM10,000 atas kesalahan melanggar kebenaran rentas negeri yang telah diberikan.

Selain itu juga, kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang yang berjumlah RM30,000 keseluruhannya kerana dilapor gagal menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Mohamad Zainal berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, memetik laporan ringkas BERNAMA dan Awani. Berita lanjut menyusul.

Neelofa Menganjing

Kira-kira pada pukul 2 petang, 27 April, selebriti terkenal Neelofa telah memuat naik gambar burger dalam IG Story beliau.

“Moreh burger malam ni meh …” Kenyataan beliau dalam IG Story tersebut. Netizen kemudian telah membuktikan yang gambar tersebut merupakan gambar dari gugle.

Ramai netizen mempertikaikan, apa motif Neelofa memuat naik gambar tersebut?

Apa pendapat korang semua?

Abang Burger Disaman RM50 Ribu Disebabkan Tak Patuh SOP

Sementara itu, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang,  telah disaman sebanyak RM50,000 ketika sedang menyiapkan tempahan burger daripada pelanggannya.

Katanya, polis kemudiannya mengeluarkan saman RM 50,000 bagi kes.alahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh p.erintah kawalan pergerakan (PKP).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

Katanya, untuk k.ompaun kedai yang berniaga lebih masa atau membuka meja untuk pelanggan atau tidak menyediakan penyukat suhu, memang jumlah kompaun pada kertas sa.man ditulis RM 50,000 iaitu jumlah m.aksimum.

“Bagi kesalahan individu akan ditulis jumlah maks.imum RM 10,000. Bagaimanapun, peniaga berkenaan boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Leave a Comment

×