
Emas merupakan aset penyelamat dan pelindung dikala kesusahan dalam kehidupan. Emas mudah dicairkan dalam bentuk tunai dalam waktu yang cepat.
Terbaru, harga emas dipasaran mengalami kejatuhan sehingga ramai mengambil kesempatan untuk membelinya sebagai pelaburan.
Menerusi perkongsian saudara Azizul Azli Ahmad di facebook miliknya menasihati agar berhati-hati ketika membeli untuk mengelak emas palsu.
Beliau turut berkongsi tujuh cara untuk mengenali emas palsu untuk dijadikan panduan.
7 TIPS KENALI EMAS PALSU!
1. Uji Dengan Magnet
Guna magnet untuk uji emas, jika ia melekat bermakna ianya palsu. Ia telah dicampur dengan logam lain untuk jadi berat.

2. Secara Visual
Emas biasanya akan di cop dengan bacaan fineness (1-999 atau 0.1-0.999) dalam bacaan karat 14k,18k,22k atau 24k dilogam tersebut. Adakalanya tulisannya terlalu kecil, maka kita kena cari.
3. Gigit Emas
Dalam filem koboi selalu tunjuk ini. Emas asli sifatnya lembut, akan ada kesan gigitan yang dalam.
4. Gores Emas Pada Seramik.
Goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas palsu tetapi jika tiada kesan hitam ianya asli
5. Bawa Ke Ahrahnu.
Mereka ada alat yang lengkap untuk uji ketulinan emas ini. Biar mereka uji dan sahkan keasliannya.
6. Timbang Emas
Jika emas jongkong, bar diatasnya ada ukuran berat. Timbang apakah beratnya sama atau tidak. Logam lain sukar untuk dapat berat yang sama seperti emas dalam ukuran yang sama sebab emas adalah logam paling padu.
7. Mintak Suami Belikan Emas
Jika dia marah marah sebab isteri asik minta emas, maknanya emas tulin. Jika emas palsu biasanya tak mahal macam emas tulin.
Mari beli Emas tulen!