Adakah anda penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)? Ini adalah berita baik buat anda dimana anda layak untuk menuntut wang sehingga RM8,000 melalui program mySalam Skim Perlindungan B40.
[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]
Bermula 11 Februari 2020 ini, kerajaan telah memperluaskan skim MySalam ini kepada golongan M40. Bermakna mereka yang bukan penerima BSH pun layak untuk memohon.
[/su_note]
Untuk golongan M40 atau bukan penerima BSH, anda akan mendapat bantuan faedah sebanyak RM4000 (sekali ber.) Jawatan Kosong akan kongsikan kepada anda mengenai mySalam bagi pengetahuan anda semua.

Apa Itu MySalam?
MySalam merupakan salah satu daripada bantuan kerajaan kepada 3.69 juta penerima BSH yang berusia 18 hingga 55 tahun beserta pasangan mereka dengan menyediakan perlindungan takaful secara PERCUMA.
Melalui insentif Belanjawan 2020, skim mySalam telah diperluaskan kepada perlindungan kepada individu yang berumur sehingga 65 tahun berbanding 55 tahun ke atas 45 penyakit kritikal dan individu tersebut haruslah mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100,00.

Penerima akan mendapat manfaat iaitu pendapatan harian sebanyak RM50 sehari (maksimum 14 hari) jika anda sedang menjalani rawatan di hospital. Sekiranya penerima disahkan menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, pembayaran sebanyak RM8,000 akan dimasukkan sekaligus ke dalam akaun penerima.
MySalam – SENARAI 36 PENYAKIT KRITIKAL
Berikut senarai 36 penyakit kritikal yang dilindungi di bawah program mySalam.
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#336ae3″ indent=”7″]
- Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
- Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
- Meningitis Bakteria
- Tumor Otak Benigna
- Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
- Pembedahan Otak
- Kanser
- Kardiomiopati Teruk
- Anemia Aplasia Kronik
- Koma
- Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
- Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis/encephalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru
- AIDS Peringkat Teruk
- Hepatitis Virus Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- HIV Akibat Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Pertuturan
- Trauma Kepala Utama
- Pemindahan Organ Utama/ Sum
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Berbilang
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan / Paraplegia
- Penyakit Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
- Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
- Strok
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- Pelecuran Tahap Ketiga
[/su_list]
P/S: Untuk maklumat, pada tahun 2020 ini, terdapat beberapa lagi bantuan kerajaan yang anda boleh mohon. Antaranya Bantuan Sara Hidup dan rebat elektrik RM40. Anda juga boleh daftar online eGumis untuk semakan wang tak dituntut.
MySalam – Cara Daftar
Dibawah ini adalah langkah demi langkah cara untuk membuat tuntutan dan daftar mySalam online 2020.
1. Layari portal rasmi mysalam.com.my dan isi setiap maklumat peribadi yang diperlukan.
2. Muat naik/ upload gambar kad pengenalan pemohon.

3. Tanda di ruangan “PENGISYTIHARAN & PERSETUJUAN” & tekan Hantar.
4. Untuk tuntutan, sila klik pada [Download Form] kemudian muat turun borang [Critical Illness – Doctor’s Statement form]
5. Sila serahkan borang tersebut kepada doktor supaya diisi dengan lengkap
6. Kemudian log masuk semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
7. Isi maklumat yang diminta dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
8. Klik “Submit” untuk hantar tuntutan
Untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan Mysalam boleh download di PDF berikut : Download Cara Tuntutan.
Jika permohonan anda berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang telah didaftarkan dibawah BSH 2020. Untuk makluman anda juga, skim ini adalah bagi penerima yang menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja. Bagi mendapatkan senarai hospital dibawah skim ini, sila rujuk di senarai hospital yang menawarkan MySalam ini.
Tarikh Tutup Pendaftaran : 31 Mac 2020
MAKLUMAT LANJUT MySalam
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan MySalam & semakan, anda boleh menghubungi :-
careline mySalam : 1-300-888-938
email : [email protected]
Ada kosong lgi tak nak cuba nasip
Cari kerja
Saya dari sarawak macam Mana nk buat my salam ,Saya nak daftar untuk nenek Saya..
Kalau dah cerai tak boleh apply my salam ke
Mcm sy dpt mysalam tp x buat lagi kad dia…. KLAU nk buat kena bayar ke… Lepas tu sy nak tye… KLAU guna utk ibu blh ke… Sbb dia nk operet… Tp mysalam tu atas na saya
Sya dari sabah mcm nk buat my salam tu sya x tahu la