MyKasih Kapital: Permohonan Bantuan Modal Perniagaan Khas Untuk Wanita

MyKasih Kapital: Permohonan Bantuan Modal Perniagaan Khas Untuk Wanita

Berita baik bagi usahawan wanita kerana anda boleh memohon bantuan MyKasih secara atas talian jika anda memerlukan modal perniagaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) iaitu Bantuan MyKasih Kapital.

Menurut YB Rina Harun, insentif tambahan ini bakal memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan dalam menjayakan objektif memperkasa ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Malah ia merupakan satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

Mengenai MyKasih Kapital

Insentif Bantuan MyKasih Kapital merupakan salah satu inisiatif tambahan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021 yang lalu.

Bantuan ini dilaksanakan bagi memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan untuk menggalakkan mereka terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

Pemohon yang layak menerima Bantuan MyKasih Kapital akan menerima bantuan modal perniagaan sebanyak RM1,000.

Untuk peringkat permulaan, seramai 2000 wanita akan dipilih untuk menerima Bantuan MyKasih Kapital berdasarkan kelayakan melalui permohonan yang diterima.

Objektif MyKasih Kapital

Objektif pelaksanaan Bantuan MyKasih Kapital adalah seperti berikut:

  • Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  • Membantu meningkatkan taraf hidup wanita yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  • Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon untuk memohon Bantuan MyKasih Kapital adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohonan dibuka kepada golongan wanita sahaja.
  3. Pemohon ialah ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga.
  4. Pemohon ialah individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian.
  5. Pemohon ialah wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit.
  6. Pemohon berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Klik pautan ini, untuk MEMOHON
  2. Isi maklumat yang di dalam setiap ruangan dan klik butang ‘Next’ pada akhir setiap paparan.
  3. Pastikan setiap maklumat yang diisi adalah tepat dan betul.
  4. Pada akhir paparan, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital di talian 03-8323 2433 atau terus ke pejabat di alamat:

Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital,
Yayasan Kebajikan Negara Malaysia,
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 61200 Putrajaya.

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “MyKasih Kapital: Permohonan Bantuan Modal Perniagaan Khas Untuk Wanita” ini sahaja. kerjakosong tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×