Berita baik! Perdana Menteri telah mengumumkan satu program inisiatif bantuan kerajaan kepada rakyat bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan.
Dalam hal ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara 5-40% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had minimum 900 kilowatt jam sebulan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.
“Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan ia akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan depan,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini.
Muhyiddin berkata, selain itu, bagi sektor ekonomi yang terjejas khususnya pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan, dilanjutkan tiga bulan lagi diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi bil Oktober hingga Disember 2021.
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Semakan rebat bil elektrik TNB | https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php |
Cara masukkan nama dalam sistem ekasih | Rujuk portal rasmi, e kasih |
Semak Nama Tersenarai
1) Anda perlu pastikan yang anda termasuk dalam kalangan golongan miskin dan miskin tegar di Malaysia
2) Untuk sahkan anda adalah pemberi yang layak dan disahkan tergolong dalam kalangan yang diberikan keutamaan oleh kerajaan Malaysia, anda perlu ikuti syarat mudah yang telah ditetapkan.
Di mana untuk menerima bantuan rebat ini, anda perlu pastikan anda sebagai ketua isi rumah tersenarai dalam sistem ekasih icu Jabatan Perdana Menteri JPM.
3) Jikalau anda layak bil tnb yang anda terima setiap bulan akan ditolak siap-siap sebanyak RM40.
- Jikalau bil anda pada bulan Januari contohnya adalah RM50 sebulan.
- Anda akan dapat diskaun sebanyak RM40 dan anda hanya perlu bayar RM10 sahaja
- Manakala pada bulan itu bil TNB anda hanya RM30, ini bermakna anda tidak perlu bayar apa-apa pada bulan tersebut
Ini bermakna jikalau potongan yang anda terima pada bulan tersebut kurang daripada yang diperuntukkan, jumlah baki potongan tersebut sama sekali tidak akan di bawa ke bulan hadapan
4) Jikalau anda ada banyak akaun TNB sekalipun, anda hanya layak untuk terima bantuan rebat untuk satu akaun TNB sahaja. Tidak boleh lebih daripada itu.
Bantuan Diskaun Bil Elektrik TNB 2021 Pemerkasa
Pengumuman Perdana menteri malaysia di bawah program PEMERKASA 2021, memberikan tawaran bantuan diskaun bil elektrik tnb kepada syarikat dan perniagaan di Malaysia meliputi syarikat hotel, taman tema, pusat membeli belah (shopping complex), syarikat pelancongan, syarikat penerbangan tempatan termasuk Airasia, Malaysia Arlines, Malindo Air.
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Tempoh Bantuan Diskaun TNB | 3 BULAN |
Jumlah Kelulusan Bantuan | 10 peratus potongan dari jumlah bil setiap bulan |
Daftar Diskaun Bil Elektrik TNB 2021 (PKP 3.0)
Berdasar pengumuman dan perutusan khas Perdana menteri Malaysia, anda semua dapat diskaun bil elektrik tnb sebanyak 5 peratus semasa pkp 3.0 / total lockdown
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Layak dapat untuk semua penerima bantuan ekasih | Rebat RM40 sebulan |
Semua pengguna TNB di Malaysia dapat rebat | Diskaun 5 peratus |
please help us.