Mines Wellness Hotel di Selangor. Hotel Mines Wellness ini merupakan sebuah hotel yang terletak berdekatan dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Hotel bertaraf 5 bintang ini merupakan hotel premium yang mempunyai banyak pelanggan tetap yang suka melancong di sekitar kawasan tersebut.

Selamat Datang ke Mines Wellness Hotel
Hotel ini terletak di tengah-tengah Mines Wellness City yang merupakan pusat ikonik bagi penyelesaian kesihatan sehenti anda. Hotel ini berdedikasi untuk membawakan pelanggan yang terbaik untuk kesihatan mereka melalui terapi alternatif pelbagai jenis. Komitmen yang pihak hotel akan berikan terhadap pelanggan bermula pada saat mereka melangkah ke lobi Hotel Mines Wellness yang indah. Juga terletak berdekatan di pusat The Mines.
[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]Terletak secara strategik dalam pembangunan bercampur 1,000 ekar hanya 15 minit ke selatan Pusat Bandar Kuala Lumpur, hotel ini hanya 30 minit memandu dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), LCCT (Terminal Pembawa Kos Rendah), Putrajaya, dan Cyberjaya.[/su_note]
Kemudahan & Perkhidmatan
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Perkhidmatan bilik 24 jam
- Pengangkutan ulang-alik percuma
- Perkhidmatan kepada Pusat Bandar KL
- Peti deposit keselamatan
- Perkhidmatan dobi
- Perkhidmatan valet
- Pusat perniagaan
- Mines Kiosk
[/su_list]
Mines Wellness Hotel juga dapat nomination untuk best spa hotel daripada World Travel Awards. Bagi mereka yang nak cuba spa best boleh book terus di Mines Wellness Hotel! 🙂
Career Jobs Mines Wellness Hotel
Hotel ini juga ada menyediakan jawatan kosong kepada warganegara Malaysia yang berminat. Boleh hubungi hotel tersebut di :
Jalan Dulang, Mines Wellness City,
43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel: 603-8943 6688
Fax: 603-8944 3399
Email: [email protected]
Sebarang pertanyaan atau tempahan hotel, boleh hubungi di alamat dan no tel yang tertera di atas.