MEPS Shared ATM Network

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

MEPS (Malaysian Electronic Payment System) Shared ATM Networ – Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia adalah pembekal perkhidmatan rangkaian antara bank di Malaysia. MEPS ATM adalah konsortium pembayaran yang dimiliki samarata oleh 11 bank tempatan dan mempunyai anak syarikat bernama MEPS Currency Management Sdn Bhd (MCM).

MEPS ATM memainkan peranan penting untuk integrasikan pelaksanaan kad pintar ATM – yang merupakan peningkatan kepada kad berasaskan cip dari kad magnetik sebelumnya yang dikeluarkan oleh setiap bank untuk pelanggan mereka. Ini membolehkan pelanggan Bank A mengeluarkan duit di Bank B.

Pengeluaran wang melalui ATM MEPS bank kendalian lain akan dikenakan caj RM 1 untuk setiap transaksi. Bagi transfer interbank sudah dimansuhkan caj pemindahan wang pada tahun 2016.

Antara bank yang terlibat dengan MEPS Shared ATM Network ini adalah bank seperti Maybank2U, Maybank Islamic, Bank Islam, AMbank, dan juga Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Jika anda mempunyai salah satu dari kad atm bank di atas, pastinya anda boleh melihat logo MEPS di hadapan kad ATM anda.

Ini bermaksud kad bank anda boleh mengeluarkan wang dan semak baki di mana-mana ATM yang ada logo MEPS juga.

Bagi mereka yang mencari jawatan kosong bank, boleh cuba ikuti laman jawatan kosong kerajaan di bawah:

Jawatan Kosong Maybank
Jawatan Kosong BNM
Jawatan Kosong Public Bank

Jika anda rasakan artikel tentang MEPS Shared ATM Network ini bermanfaat, sila share dan sebarkan kepada lebih ramai orang di luar sana. Terima kasih. 🙂

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!