
Seperti yang diumumkan rasmi di Twitter Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah mengeluarkan satu kenyataan media rasmi berkaitan MEDAC tawar kemudahan penangguhan bayaran balik (Moratorium PKP 3.0) pembiayaan tabung modal pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) kepada koperasi.
Hal ini bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh pihak koperasi yang terjejas akibat perlaksanaan PKP 3.0 yang sedang dilaksanakan. Sebanyak 1,056 koperasi diseluruh negara bakal menerima manfaat ini daripada perlaksanaan Moratorium KPP 3.0 (TMPSKM) ini.
Sehingga 30 April 2021, jumlah akaun pembiayaan TMPSKM adalh sebanyak 1,734 dengan kelulusan pembiayaan bernilai kira-kira RM1.66 bilion. YB. Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata perlaksanaan kemudahan moratorium PKP 3.0 dibawah pembiayaan TMPSMK diteruskan menawarkan tempoh penangguhan pembayaran balik pinjaman untuk tempoh 3 bulan bermula pada 1 Jun 2021 sehingga 31 Ogos 2021.
Menurutnya juga, koperasi-koperasi yang terjejas akibat pandemik Covid-19 hanya akan membuat bayaran balik pinjaman mulai 1 September 2021.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.