Maklumat Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)


Maklumat Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Yayasan Pelajaran Johor :

YPJ

CARA PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang YPJ 007 yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat Yayasan Pelajaran Johor, No. 15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim atau dari Laman Web Rasmi Yayasan Pelajaran Johor.

(b) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan.

(c) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah Mengikut Peraturan 17, Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005)

(d) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan diakui sah dokumen dokumen berikut :-

  1. a)Kad Pengenalan
  2. b)Sijil Kelahiran
  3. c)Sijil-Sijil Persekolahan (SRP/PMR/PT3/SPM/STA/STPM/STAM)
  4. d)Sijil Berhenti Sekolah Yang Terakhire)
  5. e) Diploma / Ijazah berserta transkrip penuh (jika berkaitan)

(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Pengurus Besar
Yayasan Pelajaran Johor
No 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri , Kg. Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru

NOTA / CATATAN AM

(a) Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu borang sahaja bagi setiap jawatan yang di pohon. Sekiranya permohonan jawatan lebih dari satu hendaklah menggunakan borang yang berasingan.

(b) Hanya calon – calon yang layak selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil / dihubungi untuk ditemuduga.

(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(d) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

(e) Pegawai-Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan dengan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.

Sila muat turun maklumat jawatan dibawah:-

1. Iklan Jawatan Kosong YPJ – Tetap/Kontrak
2. Borang YPJ 007

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

P/S : Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam bulan dianggap tidak berjaya.

Lain-lain Jawatan Kosong:

1. Jawatan Kosong Perseketuan Pengakap Malaysia – Pembantu Tadbir
2. Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.