Maklumat Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin – Pelbagai Jawatan

Maklumat Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin – Pelbagai Jawatan

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

Majlis Perbandaran Jasin mempelawa warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak/sambilan yang diiklankan seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Penguatkuasa (KP29)
Jumlah Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Tetap

2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U29)
Jumlah Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Tetap/

3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (N19)
Jumlah Kekosongan : 2
Taraf Jawatan : Tetap

4. Pembantu Penguatkuasa (KP19)
Jumlah Kekosongan : 2
Taraf Jawatan : Tetap

5. Pembantu Awam (H11)
Jumlah Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Tetap

CARA-CARA MEMOHON:

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin.

(b) Borang boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di Pejabat Majlis Perbandaran Jasin serta melayari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Jasin (http://www.mpjasin.gov.my).

(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Setiap salinan perlu diakui sah oleh mana – mana Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas dan Penghulu Kerajaan Sahaja).

(d) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan bahawa salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama.

(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JASIN
VISTA ALAMANDA
77000 JASIN
MELAKA.

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Jun 2019.

(g) Permohonan yang berikut akan ditolak sekiranya :-

i) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan
ii) Tidak lengkap
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat dalam iklan
iv) Tidak menandatangani borang permohonan

CATATAN

(a) Hanya calon-calon yang berkelayakan dan berjaya melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan atau setelah ditemuduga tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan / temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

. Borang dan Iklan Jawatan Kosong – KLIK DISINI

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

P/S : Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam (6) bulan dianggap tidak berjaya.

Lain-lain Jawatan Kosong:

1. Jawatan Kosong Guru Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
2. Jawatan Kosong Skynet Worldwide – Pelbagai Jawatan

Group Whatsapp Jawatan KosongLaz11 11 TEASING

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.