Maklumat Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Maklumat Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah mempelawa warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak/sambilan yang diiklankan seperti berikut:-

Jawatan:
Pembantu Kesihatan Awam

Klasifikasi Perkhidmatan:
Perubatan dan Kesihatan

Kumpulan Perkhidmatan:
Pelaksana

Bilangan kekosongan:
9

Taraf Jawatan:
Tetap

Gred:
U19

Jadual Gaji:
RM1,360.00 – RM4,052.00

Syarat Lantikan:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak berkuasa Tempatan)
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19 : RM1,360.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U19 : RM1,418.12).

Nota:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

(b) lulus Peperiksaan Khas; dan

(c) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Tarikh Tutup Permohonan: 05/07/2019

 

*** KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA CALON ANAK KELAHIRAN NEGERI MELAKA.

(i) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan mestilah melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ para 21.

(ii) Hanya permohonan yang ditapis dan layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya Pertanyaan-pertanyaan yang dibuat melalui telefon tidak akan dilayan.

(iii) Pemohon hendaklah mengambil perhatian mengenai tarikh tutup permohonan jawatan yang dipohon. Permohonan yang lewat akan ditolak.

(iv) Syarat-syarat di dalam iklan ini bukanlah rujukan yang muktamad sekiranya berlakunya percanggahan tetapi sebaliknya pekeliling jawatan yang berkenaan.

BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH – KLIK DISINI

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

P/S : Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam (6) bulan dianggap tidak berjaya.

Lain-lain Jawatan Kosong:

1. Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
2. Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Selayang (MPS) – Pelbagai Jawatan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.