Maklumat Jawatan Kosong Jawatan Kosong Kolej FELCRA


Maklumat Jawatan Kosong Jawatan Kosong Kolej FELCRA

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

Kolej FELCRA mempelawa warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak/sambilan yang diiklankan seperti berikut:-

1. PENSYARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK
(TARAF JAWATAN : KONTRAK)

Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Terdiri daripada warganegara Malaysia;
2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan mendapat  HPNG sekurang kurangnya 3.00;
3. Calon yang memiliki Sarjana akan diberi keutamaan;
4. Mendapat Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kolej; dan
5. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan.

2. PENOLONG EKSEKUTIF (PENGKERANIAN/OPERASI)
(TARAF JAWATAN : KONTRAK)

Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun di dalam bidang berkaitan.
6. Keutamaan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dengan baik (mahir dengan perisian Microsoft Words & Excel)

3. PEMBANTU EKSEKUTIF (TEKNIKAL/PENYELENGGARAAN)
(TARAF JAWATAN : KONTRAK)

Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Elektrikal/Pertukangan dan setara) atau Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun di dalam bidang berkaitan.
6. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti umum dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana diarahkan.

 Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Education Services Sdn Bhd.

i) Borang permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN KOSONG yang boleh dimuat turun di laman sesawang www.kolejfelcra.edu.my. Permohonan yang tidak menggunakan borang tersebut akan ditolak.

ii) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa menghantar borang.

iii) Hanya satu jawatan boleh dipohon bagi setiap satu borang.

iv) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KOLEJ FELCRA
BANDAR BARU SEBERANG PERAK
36800 KAMPUNG GAJAH
PERAK DARUL RIDZUAN

(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:- 14 JUN 2019 (JUMAAT)

CATATAN TAMBAHAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
b) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kolej FELCRA.
c) Mana-mana calon yang tidak menerima seberang makluman selepas tiga bulan adalah dianggap gagal

BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG KOLEJ FELCRA:

1) BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG — SILA KLIK

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

P/S : Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam (6) bulan dianggap tidak berjaya.

Lain-lain Jawatan Kosong:

1. Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
2. Jawatan Kosong Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.