Isu Semasa » Majikan tidak boleh potong cuti atau gaji pekerja – MEF

Majikan tidak boleh potong cuti atau gaji pekerja – MEF

Majikan tidak boleh potong cuti atau gaji pekerja - MEF

SHAH ALAM – Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menegaskan, majikan tidak boleh memotong jumlah cuti tahunan dan gaji bagi pekerja yang bekerja di rumah semasa pelaksanaan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula Selasa sehingga 14 Jun ini.

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, adalah salah jika majikan membuat tindakan seperti itu.

“Kita tidak boleh memotong gaji dan cuti tahunan pekerja. Apa yang kita syorkan kepada majikan adalah berbincang dengan pekerja,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan majikan memotong jumlah cuti tahunan dan gaji bagi pekerja yang bekerja di rumah.

Mengulas lanjut, Syed Hussain berkata, perkara berhubung majikan tidak boleh memotong cuti tahunan dan gaji pekerja itu telah diuar-uarkan oleh MEF kepada ahli-ahlinya.

Tegasnya, sekiranya ada majikan yang memotong jumlah cuti tahunan dan gaji pekerja, pihak pekerja boleh melaporkan tindakan itu kepada pejabat buruh, Kementerian Sumber Manusia atau Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Leave a Comment

×