KerjaKosong.Co » Jawatan Kosong SPA » Kemaskini Jawatan Kosong Kerajaan (SPA8i), Login SPA9 Permohonan

Kemaskini Jawatan Kosong Kerajaan (SPA8i), Login SPA9 Permohonan


Marilah rakyat Malaysia khususnya calon lepasan SPM, STPM dan STAM atau setaraf dengannya bagi tahun semasa yang berminat dengan pekerjaan dalam sektor Perkhidmatan Awam  digalakkan bagi mendaftar memenuhi kekosongan dalam setiap bidang pengkhususan jawatan sektor awam yang ada menerusi SPA9.

Sistem ini telah dinaiktaraf menggunakan sistem pendaftaran pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9 mulai tarikh 28 September 2020. Sehubungan dengan itu, semua pemohon baharu adalah diwajibkan mendaftar akaun permohonan secara atas talian (online) melalui sistem yang disediakan bagi mencapai dan mengakses sepenuhnya Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Sektor Awam (Login SPA9)

Apakah itu SPA9?

Spa9 adalah borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon untuk memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan. Ianya telah dibangunkan dengan padanan nombor Kad Pengenalan bagi janaan maklumat peribadi serta kelayakan akademik di mana pemohon boleh mengesahkan dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan

Perbezaan SPA8i dengan SPA9

Berbanding SPA8i yang kebanyakan maklumat perlu diisi secara manual, bagi permohonan SPA9, maklumat akademik serta maklumat peribadi seperti status pemegang kad OKU, penerima bantuan eKasih, status kewarganegaraan dan lesen memandu dijana secara automatik daripada agensi/jabatan berkaitan. SPA9 juga menyediakan fungsi semakan kelayakan jawatan bagi calon menyemak kesesuaian jawatan yang dimohon dengan kelayakan akademik yang dimiliki

Permohonan SPA9 Kerja Kosong Kerajaan Terkini Bagi Lepasan SPM STPM STAM

Berikut adalah ruangan ringkasan maklumat berhubung dengan cara untuk membuat permohonan atau pendaftaran pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam (kerja kerajaan) kepada calon yang berminat

Tarikh Permohonan

Permohonan SPA9 dibuka sepanjang tahun di mana pemohon boleh memohon terlebih dahulu semua jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik. Namun pengambilan hanya dibuat sebaik sahaja iklan kekosongan dikeluarkan bagi jawatan yang mengalami kekosongan.

Harus diingat tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun. Justeru dinasihatkan apabila iklan kekosangan jawatan dikeluarkan, pemohon hendaklah menghantar atau mengesahkan permohonan dalam tempoh tersebut

Cara Membuat Permohonan Dan Kemaskini

Untuk membuat Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam secara atas talian (online) sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal SPA9: https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Klik “Pendaftaran Pengguna“untuk ke Halaman Pendaftaran
  3. Isi semua maklumat diperlukan dan klik ‘Hantar”
  4. Pendaftaran berjaya dan login semula ke SPA9 dengan Klik “Log Masuk”
  5. Sekiranya belum pernah mengisi SPA8i sebelum ini, sila isikan semua maklumat peribadi, maklumat kelayakan akademik, serta maklumat lain yang berkaitan dan klik “Seterusnya”
  6. Tiba di bahagian Jawatan Dipohon, klik pada pilihan “Jawatan Yang Layak Dimohon” dan klik “+tambah”
  7. Setelah itu pastikan klik pada “Pengakuan Pemohon” dan klik petak SETUJU. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diisi, klik “HANTAR”
  8. Untuk semak status permohonan klik “Permohonan Yang Telah Didaftarkan”
  9. Untuk melihat status permohonan semasa klik ” Status Permohonan Semasa”

Kelayakan Permohonan Pendaftaran

Berikut adalah maklumat berkaitan syarat kelayakan akademik atau taraf pendidikan bagi tujuan permohonan pekerjaan ke perkhidmatan awam:

  1. Pemohon Lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)
  2. Pemohon Lepasan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran / Persekolahan Malaysia)
  3. Ijazah/ Sarjana/ PHD

Semakan Status Permohonan SPA9

Untuk membuat Kemaskini Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam secara atas talian (online) sila ikuti langkah berikut:

  1. Login ke Portal SPA9: https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Klik ke “Semakan Permohonan”
  3. Paparan permohonan yang telah didaftarkan akan dipaparkan beserta tarikh daftar dan tarikh luput.

Maklumat Penting

Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa

  • Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun
  • Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja
  • Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu (maklumat akademik)
    1. Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja
    2. Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM
    3. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan
  • SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam dan menghantar semula permohonan

Info Tambahan

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan ingin mendapatkan penjelasan, sila rujuk pautan yang disediakan berikut:

×