KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Kibar bendera merah jambu bagi mereka yang ingin cari jodoh

Kibar bendera merah jambu bagi mereka yang ingin cari jodoh


PETALING JAYA – Kejayaan kempen bendera putih dilihat menjadi inspirasi kepada segelintir individu di media sosial yang melancarkan kempen mengibar bendera berwarna merah jambu untuk mencari jodoh.

Tidak jelas siapa yang memulakan idea tersebut namun seorang pengguna laman Facebook bernama Fazlin Razali menjadi antara individu terawal berkongsi hantaran mengenai kempen tersebut semalam.

“Untuk kakak-kakak dan abang-abang yang masih ‘single’ atau belum berkahwin naikkan bendera merah jambu di kediaman jika memerlukan jodoh segera.

“Tidak perlu merayu atau malu. Hanya kibarkan kain merah jambu semoga yang ada membantu,” ujar kapsyen hantaran gambar tersebut.

Hantaran kempen kibar bendera merah jambu ini dikongsi lebih 2,600 kali sejak dimuat naik semalam.


Kempen tersebut menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan pengguna media sosial dan ramai menganggap ia sekadar gurauan.

“Kepada yang sudah berkahwin jangan gatal-gatal naikkan bendera warna ini. Silap-silap nuklear yang datang ke rumah anda,” ujar Muhammad Syukhri Shafee.

“Ini jalan penyelesaian. Takkan mahu tunggu jodoh jatuh dari langit melekat dekat atas bumbung rumah awak pula,” balas Daniel Hazmi.

“Nampak kelakar. Tapi ada sebilangan manusia yang kita tak tahu dia ambil serius. Kalau boleh janganlah timbulkan situasi kibar bendera untuk perkara sebegini. Kita fokus bantu mereka yang terputus bekalan makanan,” ujar Atikah Rasyadi Junaidi.

Bagi anda yang ingin mencari jodoh silakan mengibar bendera merah jambu dirumah anda..

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×