Jawatan Kosong Perbadanan Labuan

Perbadanan LabuanPerbadanan Labuan merupakan pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Ia merupakan suatu agensi pentadbiran yang bertindak dibawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. PL bertanggungjawab secara kolektif dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan kesejahteraan dan kemandirian Wilayah Persekutuan Labuan.
SabahTutup permohonan: 5 - 6 Disember 2019

Like Us

Klik Like Page Untuk Dapatkan Update Terkini!

Jawatan Kosong Perbadanan Labuan. Portal jawatan kosong terkini membuka peluang pekerjaan di Perbadanan Labuan yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan Perbadanan Labuan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Penolong Pegawai Penguatkuasa
2. Ketua Pegawai Eksekutif, Labuan Halal Hub

Tarikh Tutup : 5 – 6 Disember 2019
Minima Kelayakan : STPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana (Master)
Gaji : Rujuk Iklan

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya STPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana (Master) untuk layak memohon.
4. Lain-lain syarat dan kelayakan serta bidang tugas, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



a) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan.

b) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;

c) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah, sijil kegiatan luar, kelulusan akademik dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah dari salinan asal;

d) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat dan borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 31 Oktober 2019 (Khamis) ke alamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN LABUAN
WISMA PERBADANAN LABUAN
JALAN DEWAN
PETI SURAT 81245
87022 W.P. LABUAN
(U/P: JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

e) Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Labuan dengan menghubungi talian 087-581817, 581819, dan 581814;

f) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat-syarat tersebut akan ditolak;

g) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga;

h) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan

i) Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan penghantaran borang permohonan jawatan.

j) Untuk maklumat lanjut & borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan, anda boleh terus melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan. Disini terdapat beribu pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan anda boleh terus mendapatkannya dengan mudah dan pantas di kerjakosong.co ini.

Selain itu, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Sabah untuk pencarian kerja kosong di Sabah atau anda juga boleh melayari Jawatan Kosong Swasta untuk jawatan kosong sektor swasta.

JANGAN LUPA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA AKAN DATANG DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.