Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 akan diumumkan pada tarikh berikut.
Tarikh : 10 Jun 2021
Masa: Mulai jam 10.00 pagi
Cara Semakan Keputusan SPM 2020
Untuk membuat semakan keputusan, calon sekolah dan calon persendirian boleh menggunakan kaedah berikut:
1. Secara dalam talian myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my.
2. Menerusi khidmat SMS u tuk mendapatkan ringkasan meputusan SPM 2020 dengan menaip SPMNoKPNoAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun hingga 6.00 petang pada 17 Jun 2021.
Bagi calon yang tidak mempunyai talian internet di rumah, pihak sekolah akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk membuat semakan.
Sila rujuk kenyataan penuh KPM di bawah:
Cara Buat Permohonan Semak Semula Keputusan SPM
Jika anda rasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, anda boleh membuat rayuan untuk semak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.
Biasanya anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2020.
Permohonan online semak semula keputusan SPM boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut :-
1. Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di elp.moe.gov.my
2. Pilih Menu Perkhidmatan
3. Pilih tab > Semak Semula
4. Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’
NOTA: Tarikh buka permohonan akan dimaklumkan oleh KPM dari semasa ke semasa.
Bayaran yang dikenakan RM100.00 setiap matapelajaran.
Keputusan permintaan/permohonan akan ditandatangani dengan surat rasmi dalam waktu dua (2) bulan dari tanggal tutup permohonan. Hasil semakan adalah muktamad dan rayuan yang berbeza tidak akan diterima.
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin