Kemaskini BSH 2020 | Panduan Lengkap

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Kemaskini BSH 2020. Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 Fasa 1 telah diagihkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan pada 20 Januari 2020 yang lalu. Bantuan peruntukan sebanyak RM1 bilion dan memanfaatkan hampir 3.8 juta penerima BSH kategori isi rumah.

Kemaskini BSH 2020

Kemaskini dan rayuan BSH akan dibuka bermula 1 Februari hingga 15 Mac 2020 nanti. Sila kemaskini maklumat peribadi di Portal Rasmi anda sekiranya anda menepati kriteria tersebut:

  • 1. Pemohon yang tidak pernah mendaftar Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu;
  • 2. Pemohon yang tidak layak menerima BSH 2020 kerana tidak menepati syarat kelayakan BSH 2020;
  • 3. Pemohon OKU yang tidak tersenarai dalam Bantuan JKM dan tidak menepati syarat kelayakan BSH 2020

bsh kemaskini

Kemaskini BSH juga perlu dibuat jika merangkumi perkara berikut:

1. Perubahan status perkahwinan. Jika terdapat perceraian atau kematian pasangan/ tanggungan atau perubahan waris.

2. Perubahan alamat perumahan, nombor telefon baru dan lain-lain.

Cara Membuat Kemaskini BSH Yang Baru


apply online bsh img

Kemaskini yang baru boleh dibuat dengan dua cara. Melalui online atau secara manual. Untuk lebih mudah, anda digalakkan untuk membuat kemas kini secara online sahaja. Lebih mudah dan tidak perlu pergi ke mana-mana cawangan LHDN.

Panduan Kemaskini (Klik Sini)

Sila baca artikel panduan lengkap permohonan BSH berikut :

Bantuan Sara Hidup

Semakan Status Permohonan

permohonan diterima bsh

1) Apakah yang dimaksudkan dengan “PERMOHONAN DITERIMA”?

“PERMOHONAN DITERIMA” ialah permohonan yang telah dikemaskini dan diterima oleh LHDN. Tetapi masih belum melalui proses kelayakan.

2) Apakah yang dimaksudkan dengan “BELUM KEMAS KINI”?

“BELUM KEMAS KINI” ialah Permohonan BSH sebelum ini yang telah dibawa ke BSH 2020. Kalau TIADA sebarang perubahan maklumat, tidak perlu kemas kini. Permohonan tersebut akan melalui proses semakan berdasarkan maklumat BSH sebelum ini.

3) Apakah yang dimaksudkan dengan “TIDAK LAYAK”?

Jika paparan tersebut menyatakan anda TIDAK LAYAK, sila hubungi cawangan LHDNM terdekat untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.

4) Apakah yang dimaksudkan dengan “DALAM PROSES PENGKREDITAN”?

Ianya bermaksud data pembayaran anda Fasa kedua BSH 2020 dalam proses pengkreditan ke dalam akaun bank.

5) Apakah yang dimaksudkan dengan “GAGAL KREDIT”?

Bermaksud Surat Makluman Bayaran Fasa Kedua Gagal Kredit BSH 2020 akan diposkan kepada penerima untuk ditunaikan di Kaunter BSN. Jika penerima tidak dapat Surat Makluman berkenaan, proses penunaian tersebut boleh dibuat dengan membawa MyKad setelah Maklumat No Baucar dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.

6) Kenapa ID saya disekat?

ID disekat adalah kerana anda salah menjawab soalan keselamatan. SILA INGAT JAWAPAN DAN SOALAN keselamatan yang anda telah cipta ketika proses permohonan. Salin soalan dan jawapan tersebut.
Jika tersekat, sila hubungi LHDN atau pergi ke kaunter LHDN untuk buka semula sekatan.

Rayuan BSH

Jika anda membuat semakan BSH Fasa 1 tetapi mesej yang terpapar adalah “Tidak Layak menerima Fasa Pertama”, ini adalah kerana permohonan anda telah melalui semula beberapa proses tapisan Agensi Kerajaan.

Contohnya status pemilikan kenderaan yang tidak realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Kenapa Permohonan BSH Fasa 1 Gagal?

Terdapat beberapa faktor permohonan anda ditolak. Sila teliti dan baca faktor-faktor berikut:

  • Kereta Mahal – Memiliki kereta mahal seperti kereta Honda, BMW.
  • Superbike – Jika anda miliki motor mahal, sudah pasti anda tidak layak dapat BSH 2020.
  • Memohon lebih dari satu kali – Hanya suami ATAU isteri sahaja yang boleh memohon.
  • Tidak melaporkan pendapatan (income) terutama yang membuat bisnes.
  • Maklumat tanggungan yang tidak tepat.

Dan kemungkinan yang lain. Maklumat terbaru akan diupdate dari semasa ke semasa. Untuk pertanyaan, sila hubungi talian Hotline:

1-800-88-2747
(Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

Apa Perlu Dibuat?

Buat semula Permohonan Baharu atau Kemaskini BSH yang baru mulai 1 Feb 2020 hingga 15 Mac 2020.

BSH – Maklumat Yang Perlu Di Kemaskini

kemaskini bsh 2020

Semua pemohon digalakkan untuk kemaskini maklumat peribadi untuk menerima BSH Fasa 2 Dan BSH Fasa 3. Antara maklumat yang perlu dikemaskini:

  • Status perkahwinan terkini
  • Alamat surat menyurat terkini
  • Emel terkini yang digunakan
  • Nombor telefon bimbit & rumah
  • Maklumat nombor akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Mohon sebarkan info lengkap ini kepada saudara-mara dan rakan-rakan anda kerana kemaskini BSH adalah sangat penting untuk bantuan Fasa 2 & 3. BSH Fasa 2 kemungkinan akan diagihkan pada bulan Mei 2020 nanti. Mohon cakna.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan-pertanyaan lain, sila join Group BSH 2020.

 

14 Comments

  1. Nurul Syafiqah rajam
  2. Burhan b mohd suhaimi
  3. Aliff ibrahim
    • Arisha
  4. Muhammad Kamarul
  5. Kassim harris
  6. NURUL SHAMILA BINTI MD KAMAL

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!