Cara Memohon » Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 3 & Semak Tarikh Bayaran 2021

Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 3 & Semak Tarikh Bayaran 2021

Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 3 & Semak Tarikh Bayaran 2021

Bagi penerima BPR yang tiada akaun bank pula, pembayaran secara tunai akan dibuat mulai 17 Mei 2021 melalui BSN. Dan juga bagi mereka yang berstatus “Tidak Lulus”, anda masih boleh membuat permohonan rayuan yang bakal dibuka pada 15-30 Jun 2021 tidak lama lagi.

Pasti diantara anda yang tertanya-tanya bilakah BPR Fasa 3 pula akan dikreditkan setelah habis pengagihan BPR Fasa 2 pertengahan bulan lalu.

Baki Bayaran BPR Fasa 3

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

JUMLAH BAYARAN BPR FASA KETIGA

Kategori Isi Rumah berpendapatan RM5000 ke bawah: RM100-RM1100 (Bergantung kepada bilangan anak)

Sila rujuk jadual berikut untuk perincian pembayaran:

Jumlah yang akan diterima bagi pemohon yang Lulus BPR Fasa 2 (Bukan penerima Fasa Pertama)

Jumlah bayaran BPR Fasa 3 bagi yang telah mengemaskini status bujang kepada berkahwin semasa BPR Fasa 2.

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran BPR Fasa Ketiga ini dijangka akan dibuat pada bulan September / Oktober 2021.

Setekat ini masih belum ada tarikh rasmi yang diumumkan.

Makluman terkini akan dimaklumkan oleh LHDN atau Kementerian Kewangan Malaysia dari semasa ke semasa.

Cara Semakan Status Bayaran BPR Fasa 3

Untuk membuat semakan status bayaran melalui Portal BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
  5. Jika tertulis ‘Permohonan Diterima’, sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ seperti dalam gambar di bawah.
    • ‘Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna duit akan masuk tak lama lagi.
    • ‘Gagal Kredit’ = bermakna akan diberi nombor baucer untuk dituntut di BSN secara tunai

Untuk makluman, jumlah penuh bantuan mengikut kadar pendapatan isi rumah adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  2. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  3. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Leave a Comment

×