Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi Mara (UiTM)Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia yang berpusat di Shah Alam. UiTM telah berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik), dan pendaftaran pelajar. UiTM menawarkan lebih kurang 515 program dari peringkat asas hingga peringkat pascasarjana.
Perak RM1,205.00 - RM9,544.00Tutup permohonan: 21 November 2019

Like Us

Klik Like Page Untuk Dapatkan Update Terkini!

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM). Portal kerja kosong kerja kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kosong ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PUSTAKAWAN
2. PENOLONG PENGURUS ASRAMA
3. PENOLONG JURUUKUR
4. KERANI
5. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN
6. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
7. PEMBANTU KESATRIA
8. PEMBANTU BELIA SUKAN
9. PENGAWAL KESELAMATAN

Tarikh Tutup : 21 November 2019
Minima Kelayakan : PMR / SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda
Gaji : RM 1,205.00 – RM 9,544.00

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya PMR / SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain syarat kelayakan dan bidang tugas, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



(a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007) yang boleh didapati sendiri di Pejabat Pentadbiran Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perak di http://www.perak.uitm.edu.my.

(b) Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
NO.TEL: (05) 374 2000

Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 NOVEMBER 2019 (KHAMIS).

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1) Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

3) Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :

– Kad Pengenalan
– Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
– Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
– Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
– Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
– Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

4) Satu pemohon hanya boleh memohon untuk SATU JAWATAN yang diiklankan sahaja.

5) Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor :

a. Pemohon–pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan
Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)

b. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

6) Nama bidang dan jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

7) Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

8) Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

9) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

10) Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

11) Muat turun maklumat lanjut & borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI.

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di negeri Perak? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Perak kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Perak.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.

SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.