Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Segamat

Universiti Teknologi Mara (UiTM)Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia yang berpusat di Shah Alam. UiTM telah berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik), dan pendaftaran pelajar. UiTM menawarkan lebih kurang 515 program dari peringkat asas hingga peringkat pascasarjana.
Johor RM1,205.00 - RM 20,592.00Tutup permohonan: 3 November 2019

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM). Portal kerja kosong kerja kosong terkini membuka peluang pekerjaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kosong ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PROFESOR VK7
2. PROFESOR MADYA DM53
3. PENSYARAH KANAN DM51
4. PENSYARAH DM45
5. PENOLONG JURUTERA JA29
6. PENYELIA ASRAMA N19
7. PEMBANTU KESATRIA S19
8. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
9. PEMBANTU OPERASI N11

Tarikh Tutup : 3 November 2019
Minima Kelayakan : PMR / SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana Muda / Ph.D
Gaji : RM1,205.00 – RM20,592.00

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya PMR / SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana Muda / Ph.D untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain syarat kelayakan dan bidang tugas, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)

1. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau badan-badan Berkanun mestilah melalui ketua jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini.

2. Setiap permohonan mestilah disertakan bersama Salinan dokumen berikut yang telah disahkan:

– Kad Pengenalan
– Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
– Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci)
– Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
– Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

3. Nama Jawatan/Bidang & Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul permohonan.

4. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak melalui majikan tidak akan diproses.

5. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

7. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Johor.

8. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

9. Borang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di http://johor.uitm.edu.my/v3 atau di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan
Johor, Kampus Segamat.

10. Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI OFF KM. 12 JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM
No Tel : +(607)-935 2020 / 2273 / 2272

Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 November 2019

11. Muat turun maklumat lanjut & borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI.

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di negeri Johor? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Johor kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Johor.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.

SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.