Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor Mac 2019

UiTM Cawangan Johor, Kampus SegamatKampus UiTM Segamat merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang terletak di negeri Johor Darul Takzim, Malaysia.
Johor RM54Tutup permohonan: 10 Mac 2019 MOHON SEKARANG

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor – Tarikh Tutup 10 Mac 2019

Jawatan kosong terbaharu di Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi Mac 2019. Universiti Teknologi MARA dengan ini menjemput Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan bagi mengisi kekosongan jawatan Pentadbiran Harian di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat, sebagai:

1. PELUKIS GRAFIK

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 10 MAC 2019
LOKASI : UITM KAMPUS SEGAMAT, JOHOR
SEKTOR : KERAJAAN
KADAR UPAH : RM54 SEHARI

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mac 2019

1) PELUKIS GRAFIK

Calon yang ingin mengisi kekosongan ini hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dalam bidang seni lukis/atau seni reka serta mempunyai kebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia yang memuaskan.
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang telah diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut.
iii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayajan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan di perenggan (ii), (iii), (iv) dan (v) hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Gred C  (Kepujian) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERMOHONAN BOLEH DIBUAT :-

a. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang boleh diperoleh daripada laman sesawang UiTM Cawangan Johor di https://johor.uitm.edu.my/v3/ atau boleh diperoleh terus di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN ALAMAT PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 MAC 2019 (AHAD).

 

Sila kemukakan permohonan anda kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI OFF KM. 12 JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM

No Tel : +(607)-935 2020 / 2273 / 2272

Dapatkan borang permohonan jawatan disini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.