Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Tarikh Tutup 24 Mac 2019
Jawatan kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi bulan Mac 2019. Permohonan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/Kontrak di Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang sebagai :
1. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) JA29
2. PEMANDU H11
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 24 MAC 2019 (AHAD)
LOKASI : UiTM JOHOR
SEKTOR : KERAJAAN
Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Tarikh Tutup 24 Mac 2019
CARA UNTUK MEMOHON
a. Permohonan jawatan kosong ini perlu dibuat melalui Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor.
b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di http://www.johor.uitm.edu.my/v3/ atau boleh terus dapatkan di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang. Atau sila klik pada pautan yang akan diberikan di bawah.
c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
d. Kepada pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemas kini.
e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari AHAD, 24 MAC 2019.
Sila kemukakan permohonan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI KM. 12 OFF JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM
No Tel : +(607)-935 2020 / 2273 / 2272
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini
p/s : Sila klik DISINI untuk melihat kerja kosong yang lain