Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES) – 10 Mac 2019
Jawatan kosong terbaharu di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES) Mac 2019. Permohonan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong terbaharu di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES) atau Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) sebagai :
1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 10 MAC 2019
LOKASI : KUCHING, SARAWAK.
SEKTOR : BERKANUN/ KERAJAAN
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
Klasifikasi Perkhidmatan – Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan – Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Tugas Tugas Utama Sebagai Pembantu Tadbir
– Menjalankan tugas perkeranian, pentadbiran pejabat, kutipan sewa/pinjaman, pengawasan aset, pemantauan projek/program pembangunan usahawan dan kerja-kerja berkaitan perhubungan awam.
Penempatan
– Calon yang berjaya akan ditempatkan di Pusat Inkubater dan Bimbingan Usahawan (PIBU), Miri.
Syarat Syarat Memohon Bagi Jawatan Kosong
• Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktraf setaraf dengannya oleh Kerajaan,; atau
• Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
• Siil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktraf setaraf dengannya; DAN
• Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat-syarat Tambahan
• Memiliki integriti yang tinggi, keperibadian yang dinamik, Kemahiran analitikal, efisien, proaktif, berfikiran positif, amanah, sanggup menerima cabaran, dan mampu bekerja secara berdikari dan dalam kKumpulan.
• Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan “inter-personal” serta mahir mengendalikan komputer (Microsoft Office).
• Berumur tidak kurang daripada 21 tahun.
• Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal di kawasan Miri dan berhampiran.
