Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang. Portal kerja kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia. Kepada mereka yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-
Maklumat Jawatan
Jawatan Yang Ditawarkan:
1. SETIAUSAHA PEJABAT N29
Tarikh Tutup : 23 September 2019
Minima Kelayakan : Diploma
Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00
Syarat Kelayakan & Bidang Tugas
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Lain-lain syarat kelayakan dan bidang tugas, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.
Cara Memohon (Klik di Bawah)
1) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masingmengikut Perintah Am 17 Bab A di bawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan dengan
Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Terkini;
2) Permohonan boleh dibuat melalui cara-cara berikut:-
a) Muat turun Borang Permohonan Jawatan Kosong PBT Pengerang di laman Web Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang iaitu: www.pbtpengerang.gov.my dan disertakan dengan Wang Pos atas nama PBT Pengerang sebanyak Ringgit Malaysia Satu Sahaja (RM1.00) semasa menghantar permohonan atau;
b) Pembelian borang melalui Kaunter Bersepadu PBT Pengerang pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang dan hari Khamis dari jam 8.30 pagi hingga jam 3.00 petang (kecuali cuti umum) dengan bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Satu (RM1.00). Bagi pembelian borang Melalui Kaunter Bersepadu PBT Pengerang, Resit Pembelian borang perlu di lampirkan bersama semasa menghantar borang permohonan.
3) Sila sertakan sekeping gambar terbaharu berukuran passport, dan salinan yang telah disahkan untuk semua dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan;
4) Permohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;
5) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
6) Bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil perlu mendapatkan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaui laman web interaktif, http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan dilampirkan bersama resume permohonan;
7) Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada:-
YANG DIPERTUA
PBT PENGERANG
NO. 7 JALAN KEMPAS 1
TAMAN DESARU UTAMA
81930 BANDAR PENAWAR
JOHOR DARUL TAKZIM.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
viii.Permohonan perlu dihantar dan diterima di Pejabat PBT Pengerang pada atau sebelum 23 SEPTEMBER 2019, Jam 12:00 Tengah Hari. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan diterima dan diproses.
8) Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI.
Info Tambahan
P/S: Berminat kerja di negeri Johor? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Johor kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Johor. Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.
SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !