Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA)

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu SarawakPUSAKA atau lebih dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak. PUSAKA telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan mempergiatkan perkembangan yang dirancangkan bagi industry yang berasaskan kayu kayan di seluruh negeri Sarawak. Ini adalah sejajar dengan pembangunna dan kepentingan keseluruhan ekonomi, kewujudan modal dan kepakaran teknikal dan pengurusan yang berkesan daripada sumber hutan.
Sarawak RM1,353.00 - RM5,674.00Tutup permohonan: 19 Julai 2019

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA). Kerjakosong.co ingin berkongsi  maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) untuk ambilan terbaru. Kepada mereka yang berminat dan cukup syarat kelayakan, anda dipelawa mengisi kekosangan jawatan yang ditawarkan seperti dibawah:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Penolong Pemelihara Hutan, Gred G29 (Tetap Berpencen) – 2 kekosongan
2. Pembantu Ehwal Ekonomi, Gred E19 (Tetap Berpencen) – 2 kekosongan
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19 (Tetap Berpencen) – 3 kekosongan
4. Pembantu Akauntan, Gred W19 (Tetap Berpencen) – 1 kekosongan

Tarikh Tutup : 19 Julai 2019
Minima Kelayakan : SPM / Diploma
Gaji : RM1,353.00 – RM5,674.00

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Sihat tubuh badan.
4. Mempunyai etika yang baik dan berdisiplin.
5. Seorang yang bersemangat dan bertenaga dalam melakukan kerja-kerja yang ditugaskan.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1) Borang Permohonan : STIDC.7.HR(PER).06.1 boleh dimuat turun melalui laman web rasmi PUSAKA.

2) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran passport, salinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan sijil tamat persekolahan yang telah disahkan, (satu Borang untuk satu jawatan).

3) Permohonan daripada pegawai-pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama penyata Perkhidmatan dan laporan Sulit daripada Majikan.

4) Semua permohonan hendaklah ditulis Nombor Rujukan Iklan Jawatan Kosong dimuka sampul surat dan hendaklah dialamatkan kepada alamat seperti di bawah:-

PENGURUS BESAR
PERBADANAN KEMAJUAN PERUSAHAAN KAYU SARAWAK (PUSAKA)
BLOK PODIUM, WISMA SUMBER ALAM, JALAN STADIUM, PETRA JAYA
PETI SURAT 194, 93702 KUCHING, SARAWAK
[U.P.: SEKSYEN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (HRPD)] 

5) Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

6) Hanya permohonan yang lengkap serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan disenarai pendek dan pemohon yang dipilih untuk sesi temuduga sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon-pemohon tidak dihubungi dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup, maka anggaplah permohonan tersebut tidak berjaya.

7) Untuk info lanjut & syarat kelayakan untuk setiap jawatan, sila klik di pautan berikut : Klik Sini

Info Tambahan

P/S: Anda boleh terus melayari jawatan kosong kerajaan untuk memdapatkan peluang-peluang pekerjaan yang lain dan bersesuaian dengan anda kerana disini terdapat beribu peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan juga swasta. SEMOGA BERJAYA !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.