Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah – Pelbagai Jawatan

Perbadanan Kemajuan Negeri KedahPerbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah sebuah agensi yang ditubuhkan pada 25 Ogos 1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Kedah No. 5/1965 berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan Bumiputera dengan diawasi oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).
Kedah RM1,216.00 - RM9,618.00Tutup permohonan: 20 Ogos 2019

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Portal jawatan kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah yang kini dibuka dan pelbagai jawatan kosong ditawarkan untuk diisi dengan segera. Kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Jurutera J41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Penolong Pegawai Tadbir N29
4. Penolong Akauntan W29
5. Penolong Jurutera JA29
6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
7. Pembantu Operasi N11
8. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh Tutup :  20 Ogos 2019
Minima Kelayakan : PMR / SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda
Gaji : RM1,216.00 – RM9,618.00

Syarat & Kelayakan

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda untuk layak memohon.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKNK Perjawatan 2019 yang boleh dicetak daripada Laman Web PKNK http://www.pknk.gov.my.

2) Salinan sijil dan dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah disertakan.

3) 1 borang hanya untuk 1 jawatan. Sila catatkan Jawatan dipohon sebelah kiri sampul surat.

4) Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah,
Tingkat 14, Wisma PKNK,
Jalan Sultan Badlishah,
05000 ALOR SETAR.
[u.p.: Bahagian Pentadbiran & Pembangunan Sumber Manusia]

5) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab A dan melampirkan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini serta Laporan Penilaian Prestasi yang terbaharu.

6) Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Ogos 2019.

7) Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan dan juga permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

8) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam (6) bulan dianggap tidak berjaya.

9) Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI.

Info Tambahan

P/S: Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan, anda boleh terus melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan. Disini terdapat beribu pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan anda boleh terus mendapatkannya dengan mudah dan pantas di kerjakosong.co ini. Selain itu, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Kedah untuk pencarian kerja kosong di negeri Kedah atau anda juga boleh melayari Jawatan Kosong Swasta untuk pencarian kerja kosong sektor swasta.

JANGAN LUPA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA AKAN DATANG DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.