Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) – Pelbagai Jawatan

Perbadanan Aset Keretapi (RAC)Perbadanan Aset Keretapi (RAC) adalah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan. RAC ditubuhkan sebagai agensi Kerajaan untuk membantu membangunkan industri keretapi di Malaysia yang setanding dengan industri kereta api di negara maju. Hasrat ini direalisasikan dengan perumusan Akta Keretapi 1991 dan pembatalan Ordinan Keretapi 1948.
Selangor RM54.00 - RM100.00 SehariTutup permohonan: 11 Oktober 2019

Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC). Portal jawatan kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Arkitek
2. Jurutera (Awam/Mekanikal)
3. Jurutera (Mekanikal)
4. Pegawai Undang-undang
5. Penolong Jurutera (Elektrikal)
6. Penolong Jurutera (Mekanikal)
7. Penolong Jurutera (Awam)
8. Penolong Pegawai Undang-undang
9. Penolong Pegawai Tadbir
10. Pembantu Tadbir

Tarikh Tutup : 11 Oktober 2019
Minima Kelayakan : SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda
Gaji : RM54.00 – RM100.00 Sehari

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain syarat kelayakan dan bidang tugas untuk jawatan ini, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1) Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan borang RAC/BPJ/1/2019 yang boleh didapati di laman sesawang (website) http://www.rac.gov.my. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis disudut atas sebelah kiri sampul surat nama jawatan yang dimohon.

2) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Pengurus Besar
Perbadanan Aset Keretapi
Bahagian Khidmat Pengurusan,
No.29G, Blok B, Jln TKS 1,
Kajang Sentral Business Park,
43000 Kajang, Selangor

3) Tarikh tutup permohonan : 11 Oktober 2019

4) Dokumen-dokumen yang dikehendaki:

i. Salinan Kad Pengenalan;
ii. Salinan Surat Beranak;
iii. Salinan Sijil Pendidikan Malaysia dan sijil berhenti sekolah;
iv. Salinan sijil-sijil pendidikan dan sijil berkaitan; serta
v. Sekeping gambar berukuran passport yang terbaru (Sila pastikan dokumen-dokumen berkaitan diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Professional atau mana pegawai-pegawai yang sama taraf diberi tauliah yang boleh mengesahkan dokumen-dokumen di atas)

Permohonan Yang Akan Ditolak

i. Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan di para 4;
ii. Tidak lengkap atau tidak terang;
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv. Tidak tulis nombor kad pengenalan;
v. Tidak ditandatangani oleh pemohon; dan
vi. Permohonan yang lewat dari tarikh tutup permohonan.

Catatan Am

1. Hanya permohonan yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Caloncalon yang berjaya dipanggil temuduga akan dimaklumkan melalui emel; dan

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Muat turun iklan penuh jawatan kosong RAC – KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Sila layari laman Jawatan Kosong Swasta untuk meneruskan pencarian pekerjaan anda dalam sektor swasta kerana kerjakosong.co menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta. Teringin menjadi salah seorang kakitangan kerajaan? Sila layari juga laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk memohon kerja di sektor kerajaan atau layari laman Jawatan Kosong Selangor untuk pencarian kerja di negeri Selangor.

SELAMAT MEMOHON DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.