Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 – Tarikh Tutup 10 April 2019

Jawatan kosong di Majlis Daerah Padang Terap bagi bulan April 2019. Permohonan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas (keutamaan diberikan kepada calon yang lahir dan menetap di Kedah) yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Padang Terap :

1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 10 APRIL 2019
LOKASI : KEDAH
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 – Tarikh Tutup 10 April 2019

CARA MEMOHON :



1) Pemohon yang berminat bagi mengisi jawatan kosong ini boleh memuat turun borang jawatan kosong di laman web http://www.mdptk.gov.my/  atau klik pada pautan dibawah.
2) Borang jawatan kosong yang telah siap diisi perlu dihantar ke

Yang Dipertua
Majlis Daerah Padang Terap
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

3) Calon – calon yang layak selepas ditapis akan dipanggil temuduga. Calon yang tidak menerima apa apa maklum balas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup dianggap tidak berjaya.

Syarat Kelayakan

a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan serta Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira – Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
f) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
g) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Lihat syarat kelayakan penuh disini
Permohonan jawatan kosong disini

 

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

Jawatan Lain :

1. Jawatan Kosong Kerani
2. Jawatan Kosong Pos Malaysia
3. Jawatan Kosong Kedah



Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.