Jawatan Kosong Pembantu Operasi N11 Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.
Kuala Lumpur RM 1,216.00 - RM 2,983.00 Tutup permohonan: 3 April 2019 MOHON SEKARANG

Jawatan Kosong Pembantu Operasi N11 Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Tarikh Tutup 3 April 2019

Jawatan kosong di Universiti Teknologi Malaysia bagi bulan April 2019. Permohonan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Teknologi Malaysia :

1. PEMBANTU OPERASI N11

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 3 APRIL 2019
LOKASI : KUALA LUMPUR
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Pembantu Operasi N11 Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Tarikh Tutup 3 April 2019

CARA MEMOHON :




1) Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian dan melengkapkan semua maklumat semasa permohonan di atas talian termasuk GAMBAR calon melalui laman web UTM.
2) Bayaran RM20.00 dikenakan bagi satu (1) jawatan. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.
3) Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
4) Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
5) Salinan Sijil-sijil Akademik dan Sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan diserahkan semasa temuduga.
6) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Syarat Kelayakan

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dan memiliki lessen memandu kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]
(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Lihat syarat kelayakan penuh disini
Permohonan jawatan kosong disini

 

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

Jawatan Lain :

1. Jawatan Kosong Kerani
2. Jawatan Kosong Pos Malaysia
3. Jawatan Kosong Kedah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.