Jawatan Kosong Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 – Tarikh Tutup 17 April 2019
Jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak bagi bulan Mac/April 2019. Permohonan ini terbuka kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak :
1. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 17 APRIL 2019
LOKASI : PERAK
SEKTOR : KERAJAAN
Jawatan Kosong Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 – Tarikh Tutup 17 April 2019
CARA MEMOHON :
1. Calon yang berminat bagi mengisi jawatan kosong ini boleh membuat permohonan melalui laman web http://spaonline.perak.gov.my/ atau calon boleh klik pada pautan yang akan diberikan dibawah.
2. Calon dikehendaki memohon di pautan yang diberikan sahaja.
3. Calon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Calon hanya perlu mendaftar sekali sekali sahaja.
Syarat Kelayakan
(a) Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
● Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
● Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi) ; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Lihat syarat kelayakan penuh disini
Permohonan jawatan kosong disini
Jawatan Lain :
1. Jawatan Kosong Kerani
2. Jawatan Kosong Pos Malaysia
3. Jawatan Kosong Kedah
