Jawatan Kosong Pejabat Menteri Besar Johor

Pejabat Menteri Besar Johor Pejabat Menteri Besar Johor ditubuhkan untuk memastikan kelancaran urusan YAB Menteri Besar Johor dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Johor.
Johor RM1,499.00 - RM9,544.00Tutup permohonan: 31 Julai 2019

Jawatan Kosong Pejabat Menteri Besar Johor. Portal jawatan kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Pejabat Menteri Besar Johor yang kini dibuka untuk ambilan terbaru. Kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pegawai Berita S41
2. Jurufotografi (Jurukamera) B29

Tarikh Tutup : 31 Julai 2019
Minima Kelayakan : Diploma / Ijazah Sarjana Muda
Gaji : RM1,499.00 – RM9,544.00

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil Diploma / Ijazah Sarjana Muda untuk memohon.
4. Bertanggungjawab membuat liputan filem/video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas dan bertanggungjawab ke atas mutu teknik penghantaran dan peralatan.
5. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang MBJ.01 yang boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dimuat turun daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di https://www.johor.gov.my/.

2) Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan dokumendokumen seperti berikut : –

(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil berhenti sekolah
(iv) Lain-lain sijil/Diploma/Ijazah/surat akuan berkaitan.

** Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui salinan sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B /Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

3) Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan Perintah Am Bab A21 dengan menyertakan kenyataan perkhidmatan yang kemas kini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

4) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :-

PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR,
ARAS 4, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD,
KOTA ISKANDAR,
79502 ISKANDAR PUTERI,
JOHOR BAHRU.

5) Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2019.

6) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam bulan dianggap tidak berjaya.

7) Muat turun maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di Johor? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Johor kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Johor. Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta. SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.