Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) PengerangPihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang merupakan sebuah PBT baharu yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir urus Pengerang yang sedang rancak membangun, menerusi projek mega hab petroleum dan gas - Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC). PBT Pengerang diwujudkan bagi memberikan perkhidmatan berorientasikan pelanggan, mesra pelabur dan mengutamakan masyarakat setempat. Bagi mencapai aspirasi dan wawasan ini, PBT Pengerang komited dalam memastikan perkhidmatan yang profesional, berwibawa dan efisien.
Johor RM1,218.00 – RM2,939.00Tutup permohonan: 14 November 2019

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang. Portal kerja kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada mereka yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh Tutup : 14 November 2019
Minima Kelayakan : PMR / PT3
Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan sekurang-kurangnya PMR / PT3.
4. Lain-lain syarat kelayakan dan bidang tugas, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)


i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A di bawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Terkini;

ii. Permohonan boleh dibuat melalui cara-cara berikut :

a) Muat turun Borang Permohonan Jawatan Kosong PBT Pengerang di laman Web Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang iaitu: www.pbtpengerang.gov.my dan disertakan dengan Wang Tunai Ringgit Malaysia Satu Sahaja (RM1.00) bersama-sama borang permohonan semasa menghantar atau;

b) Pembelian borang melalui Kaunter Bersepadu PBT Pengerang pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang dan hari Khamis dari jam 8.30 pagi hingga jam 3.00 petang (kecuali cuti umum) dengan bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Satu (RM1.00). Bagi pembelian borang Melalui Kaunter Bersepadu PBT Pengerang, Resit Pembelian borang perlu di lampirkan bersama semasa menghantar borang permohonan.

iii. Sila sertakan sekeping gambar terbaharu berukuran passport, dan salinan yang telah disahkan untuk semua dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan;

iv. Permohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

v. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

vi. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada

YANG DIPERTUA
PBT PENGERANG
NO. 7 JALAN KEMPAS 1
TAMAN DESARU UTAMA
81930 BANDAR PENAWAR
JOHOR DARUL TAKZIM.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

vii. Permohonan perlu dihantar dan diterima di Pejabat PBT Pengerang pada atau sebelum 14 November 2019 , Jam 12:00 Tengah Hari. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan diterima dan diproses

viii. Untuk maklumat lanjut dan syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI.

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di negeri Johor? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Johor kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Johor.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.

SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

One Response

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.